Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-11 17:58:46    
Pertumbuhan Ekonomi China Sediakan Pasaran Besar kepada Dunia

Harian Renmin Ribao
Menteri Perdagangan China, Bo Xilai semalam menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi China sedang menyediakan satu pasaran besar yang baru kepada dunia.

Bo Xilai dalam Seminar Antarabangsa yang bertajuk "Pembangunan Bersama Ekonomi China dengan Ekonomi Dunia" yang diadakan di Beijing berkata, pertumbuhan ekonomi China sedang menyediakan pasaran pelaburan yang baik kepada dunia.

Beliau menyatakan bahawa persekitaran pelaburan China semakin diperbaiki. China sedang menjadi pasaran yang paling berpotensi di dunia pada abad ini.

Berdasarkan statistik, sejak 25 tahun yang lalu, peningkatan jumlah import China putara setiap tahun mencatat lebih 15%. Pada tahun 2003, jumlah import China mencatat 412.8 bilion dolar Amerika dan menjadi negara pengimport ke-3 terbesar di dunia di belakang A.S. dan Jerman.