Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-12 15:22:58    
Pegawai WHO: Selesema Burung Lebih Membimbangkan Berbanding SARS

Agensi Berita Xinhua China
Pengarah Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Shigeru Omi semalam di Shanghai menyatakan, berbanding dengan penyakit SARS, bahaya selesema burung lebih membimbangkan. Jika pihak berkenaan tidak mengambil langkah yang berkesan, wabak selesema burung berkemungkinan merebak dalam lingkungan sedunia.

Shigeru Omi dalam sidang akhbar yang diadakan semalam berkata, memandangkan keadaan sekarang, lingkungan perebakan selesema burung lebih luas daripada jangkaan dahulu.

Sejak penghujung tahun 2003, Thailand, Vietnam, China dan negara-negara lain telah melaporkan kes selesema burung di negara-negara tersebut. Setakat ini, 39 kes masnusia dijangkiti virus selesema burung telah dilaporkan. Antara itu, 28 orang mati.