Pegawai Pejabat Kajian Kutub Jabatan Pentadbiran Lautan Negara China baru-baru ini mendedahkan bahawa China merancang akan memperuntukkan 500 juta Yuan Renminbi dalam tiga tahun yang akan datang untuk melaksanakan rancangan memperbaiki kelengkapan kajian saintifik di kawasan kutub.
Selain projek memperbaiki kemudahan dalam kapal kajian saintifik kutub "Xuelong", pembinaan semula pusat kajian saintifik "Great Wall" dan "Zhongshan" juga termasuk dalam rancangan itu.
|