|
Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan hari ini menyatakan bahawa China akan menunaikan janjinya yang dibuat semasa menganggotai WTO, meningkatkan keadilan dan ketelusan dasar dan undang-undang ekonomi dan perdagangan serta menangani masalah dalam kerjasama ekonomi antarabangsa.
Dalam sidang Kemuncak Perusahaan China 2004 yang diadakan di Beijing, Zeng Peiyang berkata, China berpendapat bahawa masalah dalam perdagangan antarabangsa patut diselesaikan melalui rundingan, sekatan ekonomi dan langkah membalas patut dielakkan. Beliau juga menegaskan bahawa pelbagai negara patut mendorong kerjasama dalam bidang teknologi dan pemindaan teknologi, menghormati serta melindungi hak harta intelektual.
|