Encik Xu, pemandu yang sudah memandu Taksi selama 6 tahun memandang kereta yang berbaris panjang berkata, "tidak tahu dari mana muncul begitu banyak kereta bergerak di jalan pada dua tahun yang lalu."
Pada tahun 1953, ketika batu asas yang diukir inskripsi Pengrusi Mao Zedong "Peringatan Peletakan Batu Asas Kilang Pengeluaran Kereta Pertama" dibumi di luar kota Changchun, mungkin tidak ada orang menjangka pada 50 tahun kemudian, jumlah pengeluaran dan penjualan kenderaan China telah bertambah lebih satu juta buah setiap tahun.
Pada tahun 1956, seiring dengan 12 buah lori dengan jenama "pembebasan" buatan China dikeluarkan, industri kenderaan China telah maju langkah pertama. Melalui perkembangan pada 50 tahun yang lalu, jumlah pengeluaran kenderaan China mencapai 5 juta buah setahun dan menjadi salah satu negara penjualan kenderaan paling banyak di dunia.
Ahli Persatuan Industri Kenderaan China berkata, perkembangan kenderaan China berkaitan erat dengan panduan dasar negara tentang kenderaan.
Pada tahun 1989, China telah mengeluarkan "fasal penting dasar industri", menjadikan pengeluaran kereta sebagai program penting yang disokong oleh kerajaan. Pangkalan pengeluaran kenderaan Shanghai, kilang pengeluaran kereta pertama dan kedua, kota Tianjian, Beijing dan Guangzhou telah dibina, pengeluaran kereta telah melebihi kenderaan yang lain dan menduduki tempat yang menonjol.
Pada tahun 1994, Dasar Industri Kereta dikeluarkan, industri kereta disenaraikan sebagai industri tonggak ekonomi nasional, pada 4 tahun kemudian, jumlah pengeluaran kereta setiap tahun telah melebihi 1.6 juta buah dan menjadi salah satu daripada 10 negara pengeluaran kenderaan paling banyak di dunia.
Selepas memasuki abad ke-21, Keluar Dalam Negara Kasar China perkapita mendekati bahkan melebihi seribu dolar Amerika, semakin ramai penduduk membeli kereta. Pada tahun 2003, jumlah pengeluaran dan penjualan kereta di China masing-masing melebihi 4 juta buah, China menjadi negara ke-4 pengeluaran kereta paling banyak di dunia dan negara ke-3 pembelian kereta paling banyak.
Industri kereta China telah mencapai perkembangan dalam 50 tahun yang lalu kadar pertambahan penjualan setahun mencapai 20% dan banyak perusahan kereta yang skop besar dan perusahaan alat ganti kereta telah dibina. Seiring dengan syarikat transnasional dunia memasuki China, industri kereta China akan terus berkembang pesat.
|