Letupan bom yang berlaku di depan pintu Kedutaan Australia di Indonesia menunjukkan kegiatan keganasan berlaku semula di Indonesia. Pada 9 September yang lalu, Kedutaan Australia terletak di pusat bandar Jakarta telah mengalami serangan keganasan, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang mati, 186 orang cedera. Kejadian itu telah menjejaskan kegiatan Indonesia untuk memulihkan industri pelancongan pada 2 tahun yang lalu.
Berdasarkan keadaan sekarang, ekonomi Indonesia mengekalkan pertumbuhan yang normal, mata wang pun stabil, inflasi dalam linkungan yang dapat dikawal. Industri pelancongan merupakan salah satu tonggak ekonomi Indonesia. Akan tetapi, letupan bom yang berlaku di depan pintu Kedutaan Australia di Jakarta membuat industri pelancongan menghadapi ancaman yang baru.
Anggota Majlis Perhotelan Indonesia berkata kepada pihak media bahawa oleh sebab dunia sudah memasuki zaman maklumat, berita kejadian letupan di Jakarta telah disiarkan ke pelbagai tempat di dunia selepas berlaku beberapa jam kemudian. Kemudian, pelbagai hotel 5 bintang Indonesia masing-masing menerima surat agar membatalkan tampahan bilik penginapan.
Naib Pengerusi Majlis Pelancongan Indoensia menyatakan, letupan tersebut bukan sahaja mengejut seluruh negara Indonesia, tetapi juga mengejut orang asing, sektor pelancongan, hotel, restoran dan pengangkutan penerbangan Indonesia telah terjejas. Kejadian letupan telah menghancur rancangan pelbagai syarikat pelancongan yang hendak dilaksanakan untuk menarik pelancong asing. Beliau menganggap bahawa pada tempoh 4 bulan akan datang, pengaruh buruk kejadian itu akan lebih ketara. Industri pelancongan merupakan sumber pendapatan wang asing kedua paling besar di Indonesia. Pada tahun 2000, mereka pernah menerima 5.6 juta pelancong asing, pendapatan wang asing mencatat hampir 5.8 bilion dolar Amerika. Oleh sebab kejadian letipan pulau Bali pada Oktober tahun 2002 dan letupan hotel Jakarta pada Ogos tahun 2003, pelancong asing ke Indonesi berkurang dengan banyak.
Melalui kegiataan kerajaan dan kalangan rakyat pada hampir 2 tahun, industri pelancongan Indonesia telah menarik semula ramai pelancong. Pada awal tahun ini hingga Julai yang lalu, Indonesia telah menerima 2.56 juta pelancong asing, telah bertambah 31% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Badan pelancongan Indonesia pernah menetapkan matlamat tahun 2004 iaitu: menarik 5.1 juta pelancong asing dan pendapatan wang asing mencatat 5.2 bilion dolar A.S.. Akan tetapi letupan telah menyebabkan suasana yang tegang, industri pelancongan Indonesia dijejaskan lagi.
|