Menurut Agensi Berita Xinhua, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah mempengerusikan mesyuarat Dewan Negara China semalam, mengkaji situasi ekonomi China pada masa ini dan merangka rancangan ekonomi pada masa depan. Para hadirin berpendapat, situasi ekonomi China amat baik pada masa ini.
Mereka berpendapat, pertumbuhan pelaburan aset tetap di China mulai perlahan, pinjaman bank juga semakin stabil, serentak itu, ekonomi China juga berkembang pesat.
|