Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-14 13:42:14    
Sektor Bunga Xinjiang Berkembang

Agensi Berita China
Dalam Ekspo Urumqi ke-13 Wilayah Autonomi Uigur Xinjiang China, kaunti Shache Xinjang telah mempamerkan bunga mawar di ruang pameran buat kali pertama, pelbagai jenis bunga mawar amat cantik dan menarik. Ekspo itu telah menyediakan peluang kepada para pedagang bunga Xinjiang, sekarang industri bunga Xinjiang sudah menjadi salah satu bidang yang penting untuk melaksanakan strategi "pertanian" Xinjiang.

Menanam bunga di kawasan yang luas Xinjiang bersejarah lama, pada tahun 1960an, di sebelah barat Xinjiang, lavender mulai ditanam, keluasan tanaman semakin diperluas kepada lebih kurang 3.3 ribu hektar, sekarang tempat itu merupakan satu-satunya pangkalan pengeluaran lavender di China, kebanyakan bunga dijual ke Jepun.

Sekarang jaringan sektor bunga telah dibentuk di Xinjiang, berpusatkan kota Urumqi dan meliputi bahagian utama dan selatan Xinjiang. Kota Kurla, Aksu, Kashi, Manas dan Kuitun telah menubuhkan pasaran bunga jualan borong yang profesional, skopnya besar dan taraf tinggi. Kelengkapan pasaran tersebut hampir sama dengan taraf pasaran bunga yang paling maju di China, pasaran itu boleh mengawal suhu udara dan kelembaban secara automatik.

Akan tetapi, berbanding dengan provinsi Yunnan, Guangdong dan Jiangsu, sektor bunga Xinjiang masih pada peringkat awal. Di provinsi Yunan, nilai pengeluaran bunga setahun akan mencapai lebih 2 bilion yuan RMB, manakala di Xinjiang, angka itu tidak sampai 400 juta yuan RMB.

Xinjiang bekerjasama dengan perusahaan dalam dan luar negara. Pada Mei tahun ini, projek usahasama China-Korea Selatan itu mengeluarkan orkid di pinggir bandar Urumqi, pihak Korea Selatan membekalkan benih dan teknologi. Mereka akan mengeluarkan 200 ribu buah pasu orkid setiap tahun.

Setiausaha Agung Majlis Bunga Xinjiang, Wang Zheyan berkata, Xinjiang telah memasuki banyak jenis bunga dari belbagai tempat China dan negara asing, misalnya bunga azalea Belgium, kaffir lily, bunga teluki , lili, bunga mawar dan lain-lain boleh ditanam di Xinjiang.

Potensi pasaran yang besar merupakan pemangkin industri bunga Xinjiang, jumlah keperluan bunga negara di sekitar Xinjiang amat besar, di Alma-ata Kazakhstan, setiap hari pasar memerlukan 400 ribu batang bunga mawar, kebanyakan bunga bergantung kepada import, maka harga bunga amat tinggi.

Badan penanaman bunga Xinjiang telah menggubal rancangan perkembangan. Kota Shihezi, sebelah utara Xinjiang merancang menanam bunga mawar lebih 6.6 hektar menjelang penghujung tahun 2005. Sekarang bunga mawar tempat itu telah dieksport ke Itali.

Wang Zheyan menyatakan, sektor bunga Xinjiang telah menetapkan sasaran: nilai pengeluaran bunga mencapai 500 juta yuan RMB menjelang tahun 2005, dan mencapai 1.2 bilion yuan RMB menjelang tahun 2010.