Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-14 16:41:40    
Sidang Majlis ke-25 Pertubuhan Antara Parlimen ASEAN Dirasmikan di Phnom Penh

Agensi Berita Xinhua China
Sidang ke-25 Majlis Pertubuhan Antara Parlimen ASEAN selama 4 hari telah dirasmikan di Phnom Penh Kemboja semalam. Sidang kali ini terutamanya membincangkan masalah yang menjadi tumpuan perhatian termasuk keselamatan rantau, ekonomi, alam sekitar, pelancongan, penyakit AIDS, buruh kanak-kanak dan perbezaan kota dan desa.

Seramai lebih 300 orang dari 10 negara anggota ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan dan Rusia telah menyertai sidang itu. Pengerusi sidang kali ini yang juga Presiden Dewan Perhimpunan Kebangsaan Kemboja, Norodom Ranariddh telah mempengerusikan sidang itu, pemangku Ketua Negara Kemboja yang juga Presiden Senat Kemboja, Chea Sim dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen telah menghadiri upacara perasmian dan menyampaikan ucapan.

Norodom Ranariddh dalam ucapannya telah menegaskan pentingnya antikeganasan di rantau. Beliau berkata, bukan sahaja penyeludupan dadah menjadi ancaman rantau ini, tetapi juga keganasan antarabangsa yang melancarkan serangan terhadap Asia Tenggara juga mengancam ASEAN. Serangan keganasan mungkin menjejaskan serius perdamaian, keselamatan dan pembangunan rantau ini. Maka, pelbagai negara ASEAN mesti mengekalkan kewaspadaan, berkongsi maklumat keselamatan rantau dan meningkatkan kerjasama, berusaha memelihara bersama-sama perdamaian, kestabilan dan perpaduan rantau.

Tentang masalah ekonomi, Ranariddh berkata, seiring dengan saing rantau dan sejagat meningkat, ASEAN mesti terus meningkatkan pembinaan kemudahan pengangkutan dan sumbe tenaga. Parlimen pelbagai negara bertanggungjawab dan berkewajiban menggubal dasar dan undang-undang, meningkatkan pengawasan terhadap kerajaan, mendorong pembangunan ekonomi negara, mengurangkan jurang perbezaan antara miskin dan kaya supaya kestabilan masyarakat dikekalkan pada jangka panjang.

Hun Sen dalam ucapannya berkata, ASEAN menyediakan suasana yang damai, selamat dan stabil berfaedah kepada kemakmuran dan pembangunan rantau ini. Pada lebih 30 tahun yang lalu, ASEAN dengan negara lain telah menubuhkan mekanisma kerjasama dan dialog, misalnya Forum ASEAN, Sidang Asia-Eropah, ASEAN dengan China, Jepun dan Korea, ASEAN denan China. Penubuhan mekanisma tersebut telah meningkatkan perdamaian, keselamatan dan kestabilan rantau ini, mendorong perhubungan dan kerjasama antara pelbagai negara dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelancongan dan pelaburan.