|

Wartawan CRI melaporkan bahawa Pertandingan Tenis Terbuka China iaitu pertandingan tenis antarabangsa telah dirasmikan di Beijing China. Pertandingan rasmi diadakan di Pusat Tenis Beijing semalam.

Pertandingan Tenis Terbuka China merupakan pertandingan tenis yang paling tinggi peringkatnya di China bahkan di seluruh Asia akan diadakan setahun sekali.

Pelbagai pemain terkenal dunia termasuk Juan Carlos Ferrero (Sepanyol), Carlos Moya (Sepanyol), Marat Safin (Rusia) dan Maria Sharapova (Rusia) akan mengambil bahagian dalam pertanidngan tersebut.




|