|
Menurut berita CRI, Menteri Industri Teknologi Maklumat dan Telekom China Wang Xudong semalam menyatakan, China sedang membuka pasaran telekomunikasi dengan negara luar menurut janji China semasa menganggotai WTO.
Ketika menghadiri Sidang Pertubuhan Telekomunikasi Pasifik (PTC) 2004 yang diadakan di Tianjin, China, Wang Xudong berkata, China akn terus meningkatkan kerjasama dua hala atau pelbagai hala dengan negara serantau dalam bidang sains, perniagaan, pemantauan dan lain-lain berdasarkan princip sama rata dan saling menguntungkan.
|