Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-15 16:48:43    
Ekonomi Hong Kong Alami Trand Pemulihan yang Baik

Agensi Berita Xinhua China
Sejak tahun ini, trand perkembangan ekonomi Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong telah mengatasi kelembapan ekonomi dunia dan mulai pulih yang baik. Ini menjadikan kerajaan Hong Kong, pelabur dan penganalisis ekonomi penuh keyakinan terhadap pemulihan ekonomi Hong Kong.

Dalam sejarah, Hong Kong pernah menjadi jendela ekonomi dan perdagangan Tanah Besar China dengan negara luar. Pada tahun 1980-an dan 1990-an, industri pembuatan Hong Kong banyak berpindah ke tanah besar, kini Hong Kong beralih menjadi pusat kewangan dan perdagangan di rantau ini. Akan tetapi, pada akhir tahun 1990-an, kos pembangunan Hong Kong amat tinggi dan dayanya menurun.

Sejak kerajaan China memulihkan kedaulatan Hong Kong, kerajaan pusat dan kerajaan Hong Kong selalu membincangkan cara membantu Hong Kong mewujudkan perkembangan ekonomi. Pada Jun 2003, kerajaan pusat dan Hong Kong telah menandatangani secara rasmi CEPA iaitu Peraturan Kerjasama Meningkatkan Hubungan Ekonomi dan Perdagangan yang Lebih Erat Antara Tanah Besar dan Hong Kong.

Selepas CEPA ditandatangani. Ekonomi Hong Kong pulih aktif. Setiausaha Kewangan Hong Kong, encik Henrry Tang menyatakan, CEPA telah memangkin ekonomi Hong Kong, mempercepat pemulihan ekonomi Hong Kong.

Selepas CEPA dilaksanakan, trand pertumbuhan di pelbagai sektor Hong Kong berlaku. Pasaran hartanah berkembang semula, kadar pengangguran menurun, deflasi telah diperbaiki. Kerajaan pusat mengesahkan Hong Kong boleh menjalankan urusan mata wang RMB, barangan Hong Kong yang dipasarkan di tanah besar bebas tarif import untuk mendorong pemulihan sektor kewangan dan pengedaran komoditi Hong Kong. Ramai penduduk tanah besar melancong ke Hong Kong dan sektor pelancongan Hong Kong menjadi sektor yang dipulihkan paling pesat.

Keyakinan pelabur terhadap Hong Kong juga pulih. Sejak tahun ini, banyak syarikat transnational meninjau pasaran Hong Kong untuk mencari peluang perniagaan. Berdasarkan statistik pejabat promosi pelaburan Hong Kong, pada setengah tahun pertama tahun ini, lebih 120 buah syarikat asing telah menjalankan urusan di Hong Kong, jumlah pelaburan asing hampir mencapai 3.4 bilion dolar Hong Kong, melebihi jumlah pelaburan asing sepanjang tahun lalu.

Pada awal tahun ini, banyak badan ekonomi Hong Kong dan antarabangsa menjangka kadar pertumbuhan ekonomi Hong Kong akan mencatat 3%. Mereka juga menjangka angka itu akan melebihi 6%.