Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-15 17:07:10    
Rantau Asia-Pasifik Mungkin Jadi Pasaran Pemuliharaan Alam Sekitar Paling Besar di Dunia

Agensi Berita Xinhua China
Pada tahun 2003, Shanghai memperuntukkan 19.15 bilion yuan RMB untuk memulihara alam sekitar, peruntukan itu telah menampati lebih 3% Keluaran Dalam Negara Kasar pada 4 tahun berturut-turut. Bandar raya Shanghai dan banyak kota rantau Asia-Pasifik sekarang bukan banyak menumpukan pembangunan ekonomi sahaja tetapi berusaha mewujudkan pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang selaras.

Dalam Sidang Kota Rakan Perdagangan 2004 yang diadakan di Shanghai semalam, hampir 50 orang wakil dari 11 kota anggota termasuk Osaka, Hong Kong, Singapura, Bangkok, Manila, Seoul, Hu Chi Minh, Bombay, Melbourne, Tianjin dan Shanghai menganggap bahawa semasa ekonomi rantau Asia-Pasifik berkembang telah menghadapi cabaran serius termasuk pertambahan bilangan penduduk dan pencemaran alam sekitar, seiring dengan pempopularan konsep pembangunan selaras dan pembangunan secara berterusan, pemuliharaan alam sekitar mulai diutamakan umum, rantau Asia-Pasifik berkemungkinan menjadi pasaran pemuliharaan alam sekitar paling besar di dunia.

Topik utama sidang tersebut adalah "sektor pemuliharaan alam sekitar dalam pembangunan bandar", ini telah mencerminkan pencemaran alam sekitar sudah menjadi masalah yang dihadapi bersama oleh bandar rantau Asia-Pasifik. Wakil Thailand berkata, pada hampir 20 tahun yang lalu, penggunaan sumber tenaga Thailand telah menempati 0.7% jumlah penggunaan sumber tenaga sejagat dari 0.2%. Di bandar raya Bangkok, kerugian yang disebabkan oleh pencermaran alam sekitar telah mencapai 6 bilion dolar Amerika setahun.

Badan berkenaan meramalkan, menjelang tahun 2030, jumlah penduduk bandar sejagat akan mencapai hampir 5 bilion orang, separuh orang antaranya tinggal di rantau Asia-Pasifik, tekanan alam sekitar semakin bertambah. Ketua Pengarah Biro Ekonomi Osaka menyatakan, pemuliharaan alam sekitar tidak boleh dijalankan oleh sesebuah bandar atau kawasan sahaja, oleh sebab taraf pembangunan ekonomi berbeza, pelbagai bandar rantau Asia-Pasifik boleh saling belajar dan menjalankan kerjasama yang luas dalam bidang pemiliharaan alam sekitar. Hong Kong, Makau, Shenzhen dan Guangzhou sudah mulai bersama-sama memelihara paya dan mencegah pencemaran udara. Bandaraya Manila menggalakkan kawasan kediaman dan pertubuhan bukan kerajaan menyertai perancangan dan pengawalan pemuliharaan alam sekitar.