|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Duta Besar Kazakhistan di China Karebranov semalam di Beijing menyatakan bahawa pembinaan saluran paip minyak yang menghubungkan Kazakhistan dengan genting Gunung Ala China akan dimulakan pada bulan September dan dijangka akan selesai dibina pada akhir tahun 2005.
Beliau berkata selepas saluran paip minyak tersebut dibuka, ia akan menyalurkan 10 juta tan minyak mentah ke China pada setiap tahun. Tambah beliau, Kazakhistan sebagai negara ekonomi pasaran terbuka mengalu-alukan negara lain menggunakan saluran paip tersebut menyalurkan minyak kepada China.
|