Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa baru-baru ini, Pasaran Perdagangan Elektronik Antarabangsa Getah Asli China-ASEAN yang dicadangkan oleh Pusat Perdagangan Komersial Elektronik Nongken Hainan China telah secara rasmi ditetapkan oleh Kementerian Industri,Teknologi, Maklumat dan Telekom China sebagai satu cadangan projek pempopularan maklumat elektronik kebangsaan China pada tahun 2004.
Berdasarkan statistik sejak tahun 2001, jumlah import-eksport dan jumlah penggunaan getah China telah menduduki tempat pertama di seluruh dunia.
Pada masa ini, antara negara pengeluar getah utama dunia ialah Malaysia, Indonesia, dan Thailand.
|