Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-16 15:23:04    
China Berusaha Tubuhkan Sistem Jaminan Sosial untuk 900 Juta Petani

Agensi Berita Xinhua China
Sidang ke-28 Majlis Jaminan Sosial Antarabangsa Sejagat diadakan di Beijing pada 12 hingga 18 September, dalam sidang itu, Menteri Buruh dan Jaminan Sosial China, Zheng Silin menyatakan bahawa matlamat jaminan sosial China adalah untuk memastikan 1.3 bilion rakyat China menikmati jaminan sosial, terutamanya 900 juta orang petani China.

China mempunyai lebih kurang 900 juta petani, antaranya 65 juta orang tua yang berumur lebih 65 tahun, taraf hidup petani di desa China masih rendah.

Sistem jaminan sosial China termasuk insurans orang tua, insurans pengangguran, insurans perubatan, insurans kemalangan, insurans bersalin, kebajikan sosial dan jaminan perumahan.

Pakar berkenaan menyatakan memberi perhatian menyelesaikan masalah pertanian merupakan tindakan penting kerajaan China sekarang. Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam Laporan Kerja Kerajaan pada Mac tahun ini menegaskan bahawa kerajaan mengutamakan penyelesaian masalah pertanian, desa dan petani.

Zheng Silin berkata, masalah jaminan sosial petani melibatkan pembaharuan, pembangunan dan kestabilan China. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China telah mempercepat kajian dan penubuhan sistem insurans orang tua di desa, sistem perubatan kerjasama desa dan bantuan sosial desa.

Pada 7 September, China telah mengeluarkan Kertas Putih tentang Keadaan dan Dasar Jaminan Sosial China pertama yang menyatakan, pada akhir tahun 2003, sebanyak 1870 buah kaunti China telah menubuhkan insurans orang tua di desa, seramai 54.28 juta orang membeli insurans itu, jumlah premium insurans telah mencapai 25.9 bilion yuan RMB, 1.98 juta orang petani telah mendapat pencen. Seramai 12.57 juta orang miskin di desa telah menikmati jaminan kehidupan asas dan mendapat bantuan kerajaan.

Selain itu, untuk menjamin keperluan perubatan asas petani, pada tahun 2002, kerajaan China melaksanakan sistem baru perubatan kerjasama desa yang disediakan dan disokong oleh kerajaan dan disertai oleh petani secara sukarela, dana dikumpul dari orang perseorangan, kerajaan dan pertubuhan.

Naib Menteri Kesihatan China, Zhu Qingsheng berkata, setakat Jun tahun 2004, sistem perubatan desa tersebut telah melibatkan 95.04 juta orang petani, mengumpul 3.02 bilion yuan RMB, antaranya kerajaan pelbagai peringkat memperuntukkan 1.11 bilion yuan dan kerajaan pusat memperuntukkan 390 juta yuan untuk menjayakan projek tersebut di kawasan tengah dan barat China.