|
Menurut berita CRI, Kementerian Perdagangan China memaklumkan semalam bahawa berdasarkan statistik terkini, dalam tempoh dari Januari hingga Ogos tahun ini, nilai keseluruhan import-eksport perdagangan luar China mencatat lebih 722.1 bilion dolar Amerika iaitu meningkat 38% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dan defisit perdagangan mencapai 950 juta dolar Amerika.

Berdasarkan statistik tersebut, setakat akhir Ogos, jumlah perdagangan China dengan 3 rakan utama iaitu Kesatuan Eropah, A.S. dan Jepun masing-masing melebihi 100 bilion dolar Amerika, dan Kesatuan Eropah terus mengekalkan kedudukannya sebagai rakan perdagangan yang terbesar dengan China.

Antara rakan perdagangan utama yang lain, jumlah keseluruhan perdagangan dua hala antara China dengan Kanada, Australia dan Republik Korea masing-masing meningkat lebih 45%.

|