Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kementerian Pendidikan China memaklumkan semalam bahawa mulai hari ini, warga asing boleh memohon kepada Kementerian Pendidikan memperoleh Sijil Kelayakan Guru Bahasa Mandarin.
Pada masa ini, warga asing yang mempelajari bahasa Mandarin di pelbagai negara di seluruh dunia berjumlah lebih 25 juta orang.
Pada masa dahulu, Kementerian Pendidikan China hanya mengeluarkan "Sijil Kelayakan Guru Bahasa Mandarin" kepada warga China, dan mereka yang memperoleh sijil tersebut hanya berjumlah lebih 3,600 orang dan jumlah itu tidak dapat memenuhi permintaan pengajaran bahasa Mandarin yang berkembang pesat.
Dengan demikian, Kementerian Pendidikan China telah meminda cara pengesahan kelayakan guru bahasa Mandarin l dan menetapkan bahawa baik warga China dan orang Cina, ataupun warga asing yang mempunyai kelayakan boleh memohon menjadi guru bahasa Mandarin.
|