Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-17 12:47:08    
Pengenalan tentang Pasaran Kereta China Menarik Perhatian Masyarakat Antarabangsa.

cri
Tidak lama dahulu, Persatuan Industri pengeluar Kereta Jerman telah menghantar rombangan ke China, untuk memperkenalkan dan mempermosikan jualan kereta Jerman. Pengerusi Pengarah Urusan Persatuan tersebut Profesor Bernd Gottschalk berkata: "Sebagai pelopor dalam pembaharuan teknologi pembuatan kereta, kami di Syarikat Industri Pengeluar Kereta Jerman akan meningkatkan aktiviti perdagangan di China, dan akan terus bekerjasama dengan pihak China untuk menjamin pengguna China dapat membeli kereta yang berkualiti tinggi".

Persatuan Pengeluar Kereta Jerman ditubuhkan oleh lebih 500 buah perusahaan pembuat kereta dan alat ganti. Rombongan Jerman tersebut terdiri daripada wakil-wakil semua perusahaan pembuat kereta Jerman, untuk bersaing dengan kereta pengeluar negara lain di pasaran China agar lebih banyak kereta buatan Jerman laris di pasaran China.

Kereta Jerman sudah lama dijual di pasaran China. Antara 2 juta buah kereta yang dikeluarkan di China pada setiap tahun, terdapat lebih 700 ribu buah kereta dikeluarkan oleh Syarikat Usahasama Pengeluar kereta Jerman. Syarikat Pembuat Kereta BMW yang mengeluarkan kereta yang mewah, telah menubuhkan perusahaan usaha sama China-Jerman pada penghujung tahun lalu, kini, terdapat 5 jenis kereta baru telah dibuat dan diperkenalkan, tetapi tidak memenuhi keperluan pembeli. Pengarah Urusan Perusahaan Usahasama itu Encik Heinz-Juergen Preissler berkata:

" Kami hendak menjadi syarikat pembuat kereta mewah yang terbaik di China, dan akan terus mencapai perkembangan".

Syarikat Pembuat Kereta Volkswagen merupakan perusahaan pembuat kereta Jerman yang utama di China. Hampir separuh kereta buatan China dihasilkan oleh Syarikat Usahasama Pembuat Kereta Volkswagen. Kereta Audi juga dijual di pasaran China. Syarikat Pengeluar Kereta Daimler Chrysler juga membuat kereta di China.

Dalam pameran kereta antarabangsa pada bulan Jun lalu, Syarikat Kereta Fort Amerika Syarikat telah mempamerkan 51 buah kereta pelbagai jenis. Kini, Syarikat Pengeluar Kereta Fort telah mengeksport keretanya ke China. Jumlah penjualan kereta usahasama China- Fort Amerika Syarikat juga bertambah dari setahun ke setahun. Naib Pengarah Urusan Syarikat Pengeluar Kereta Usaha Sama Fort- China Encik Kenneth Hsu berkata: "Dari Januari hingga April tahun ini, jumlah penjualan kereta Syarikat Pengeluar Kereta China- Fort mencapai lebih 200%. Kami optimis terhadap penjualan kereta pada tahun ini".

Kereta Buick Keluaran Syarikat General Motors Amerika Syarikat sudah diketahui oleh pengguna China. Kereta PSA Peugeot Citroan Perancis, Kereta Honda dan Toyota Jepun dan kereta Hyundai Korea Selatan juga berada di pasaran China. Laporan Persatuan Industri Kereta China baru-baru ini menunjukkan, Syarikat kereta utama dunia telah memasuki pasaran China dan meningkatkan pelaburan di China. Antaranya, Syarikat transnasional menempati kadar 90% pasaran kereta China melalui perusahaan usahasama di China.

Mengapa pasaran kereta China telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa? Ini adalah kerana taraf hidup rakyat China telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, keperluan terhadap kereta semakin meningkat. Pada tahun 2003, kereta persendirian telah bertambah 1.2 juta buah, ini telah meningkatkan gaya hidup rakyat China dan menarik semakin banyak Syarikat asing membuka perusahaan kereta di China.

Perusahaan usahasama kereta China dan luar negara telah meningkatkan kualiti kereta, memperkecil jurang perbezaan taraf teknologi dan pengurusan di China. Sama seperti Syarikat Pengeluar Kereta Shenlong Wuhan yang menjadi peusahaan usahasama Syarikat Pengeluar Kereta Dongfeng China dengan Syarikat Kereta PSA Peugeot Citroen Perancis dapat menghasilkan sejenis kereta yang cantik pada setiap tahun. Kereta itu terkenal di China dan Syarikat Pengeluar Kereta Dongfeng juga memperoleh keuntungan yang banyak.

Pengurus Besar Syarikat Pengeluar Kereta Dongfeng Encik Miao Wei berkata: " Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Syarikat Pengeluar Kereta Shenlong telah mencapai kejayaan yang besar dalam perkembangan pengelolaan, taraf teknologinya terus meningkat, dan jumlah pengeluaran dan penjualan kereta syarikat itu bertambah dengan stabil. Syarikat Shenlong bukan saja telah menyediakan pengalaman yang bernilai kepada perkembangan industri kereta Syarikat Dongfeng, tetapi juga memperoleh kedudukan yang berfaedah kepada Syarikat Dongfeng dalam saingan pasaran yang sengit.

Walau bagaimanapun, bukan semua kereta berjenama dari luar negara terdapat di pasaran China, kereta buatan China seperti kereta buatan Syarikat Jili perusahaan kereta Swasta China, reka bentuknya yang baru dan cantik juga laris di pasaran.

---- Wang Ling