Menurut Harian Renmin Ribao China, pelaburan China di seberang laut dalam tahun-tahun kebelakangan ini semakin bertambah. Jumlah korporat yang melabur di seberang laut China sudah mencapai 30 ribu buah yang meliputi pelbagai sektor dan kawasan.
Harian Renmin Ribao yang diterbitkan hari ini memetik ucapan pegawai Kementerian Perdagangan China sebagai berkata bahawa pada tahun 1980-an, pelabaran China di seberang laut ditumpukan di A.S., Eropah, Jepun dan Hong Kong serta Makau, pelaburan itu sekarang sudah diperluas ke negara jiran China dan banyak negara membangun di Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur. Serentak itu, pelaburan China juga meliputi sektor perdagangan import-eksport, pengangkutan, restoran, pembuatan, penggunaan sumber, kerjasama pertanian dan lain-lain.
|