|
Menurut Agensi Berita Xinhua, Naib Ketua Pengarah Bahagian Asia Kementerian Perdagangan China, Lu Kejian semalam di bandar Nanning China menyatakan, dari Januari hingga Julai tahun ini, jumlah perdagangan China-ASEAN mencatat 56.7 bilion dolar Amerika, jumlah perdagangan tahunan mungkin akan melebihi 100 bilion dolar Amerika.
Demikian dinyatakan oleh beliau dalam sidang pegawai kanan Ekspo China-ASEAN. Beliau menambah, kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan ASEAN telah mencapai kemajuan besar berdasarkan hubungan persahabatan kedua-dua pihak berkembang baik dalam tahun-tahun kebelakangan ini. ASEAN sudah menjadi rakan kerjasama perdagangan yang penting bagi China. Jumlah perdagangan China-ASEAN pada tahun lalu mencapai lebih 78 bilion dolar Amerika, meningkat 42.8% berbanding tahun 2002.
|