Menurut Agensi Berita Xinhua China, setakat ini, Jabatan Pentadbiran Kawalan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin Negara China telah meluluskan cadangan mengekalkan tempat asal pengeluaran 116 jenis barang keluaran istimewa di China.
Demikian dimaklumkan oleh Ketua Pengarah bahagian perundangan Jabatan Pentadbiran Kawalan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin Negara China. Beliau berkata, setakat ini perusahaan China yang sudah mendapat izin menggunakan tanda khas tersebut kini berjumlah lebih 1200 buah.
Barang keluaran tempat asal merupakan barang keluaran yang menggunakan bahan dari tempat tertentu, menurut teknik tradisional, dan dikeluarkan di tempat tertentu. Kualiti, keistimewaan dan reputasinya bergantung dengan ciri-ciri khas tempat asalnya, dan diberi nama tempat asalnya selepas diperiksa dan disahkan berdasarkan undang-undang.
|