Menurut berita CRI, pegawai Bank Dunia di China memaklumkan hari ini bahawa Lembaga Pengarah Bank Dunia baru-baru ini telah meluluskan wang jaminan sebanyak 172 juta dolar Amerika kepada Provinci Hunan China untuk menyokong program pembangunan bandar di provinsi itu.
Dimaklumkan bahawa wang jaminan tersebut terutamanya akan digunakan untuk kemudahan tebatan banjir, menangani air kumbahan, pengeluaran sumber tenaga tanpa pencemaran, penerokaan destinasi pelancongan dan projek-projek yang lain. Projek-projek tersebut berfaedah bagi memperbaiki kemudahan infrastruktur di provinsi itu dan akan menyokong perkembangan berterusan ekonominya.
|