Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-20 12:54:49    
Kerajaan China Tingkatkan Perlindungan terhadap Padang Rumput

Agensi Berita Xinhua China

Kerajaan China meningkatkan perlindungan terhadap padang rumput pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan memperuntukkan lebih 7 bilion Yuan RMB dalam tempoh 5 tahun untuk melaksanakan projek pembangunan. Maklumat ini disediakan dalam Forum Perkembangan Perusahaan Rumput secara Berterusan China.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perlindungan padang rumput di China memasuki peringkat perkembangan baru, titik berat strategi perlindungan padang rumput berpindah daripada mewujudkan matlamat ekonomi kepada "mementingkan bersama-sama perkembangan ekologi alam sekitar dan sosioekonomi dan mengutamakan ekologi alam sekitar". Peruntukan kerajaan terhadap pembangunan perlindungan padang rumput meningkat dengan tahap yang besar. Kerajaan China memperuntukkan sebanyak lebih 7 bilion dolar Yuan RMB pada tahun 2000 hingga 2004 untuk melaksanakan projek pemulihan dan pembangunan pokok dan rumput di padang rumput, pembinaan pangkalan benih rumput, pemulihan padang ternak menjadi padang rumput, projek pembangunan ekologi alam sekitar untuk mengawal sumber pasir dan angin di Beijing dan Tianjin dan lain-lain, dan telah mencapai kesan biologi dan sosioekonomi yang baik. Berbanding dengan masa dahulu sebelum perlindungan padang rumput dilaksanakan, tindakan yang meneroka padang rumput tanpa rancangan dan tindakan melanggar undang-undang yang merosakkan kemudahan infrastruktur telah berkurangan, kesedaran kaum tani dan penggembara menternak secara saintifik telah ditingkatkan. Pada masa ini, menternak dilarang atau berhenti menurut jadual di sebanyak 33 juta hektar padang rumput di China.

Keluasan padang rumput asli mencatat hampir 400 juta hektar di China, menduduki 41.7% wilayah China, menduduki tempat kedua di dunia. Kemerosotan padang rumput di China juga amat serius di dunia, 90% padang rumput yang boleh digunakan merosot pada tahap yang berlainan. Jumlah ternakan terlampau banyak sehingga keupayaan pengeluaran padang rumput terus menurun. Selain itu, tindakan menjejaskan padang rumput juga belum dikawal dengan menyeluruh.

Dalam Forum Perkembangan Perusahaan Rumput secara Berterusan China yang diadakan di Beijing baru-baru ini, pegawai Kementerian Pertanian China berkaitan menyatakan, siasatan dan pengurusan terhadap kes penting yang menjejaskan padang rumput dengan serius akan dilaksanakan di sisi Undang-undang Padang Rumput. Dalam forum itu, seramai lebih 200 pakar dan pegawai berkaitan telah membincangkan bagaimana mewujudkan perkembangan perusahaan padang rumput secara selaras dan berterusan, mengembangkan perusahaan padang rumput untuk bermanfaat bagi melindungi ekologi alam sekitar dan mewujudkan masyarakat kaya.

----Ching