Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-20 13:44:36    
China Terus Meningkatkan Pembaharuan Sektor Perbankan

Agensi Berita Xinhua China

Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Naib Perdana Menteri China Huang Ju mengadakan tinjauan dan kajian di Syarikat Bank China Saham Berhad yang baru dibentuk baru-baru ini, mengunjungi kakitangan di syarikat itu dan mengadakan perbincangan dengan anggota Lembaga Pengarah, Majlis Pengesanan dan pegawai pengurusan kanan syarikat itu. Beliau menegaskan dengan peluang pembentukan Syarikat Bank China Saham Berhad, kesedaran tentang pentingnya pembaharuan sektor perbankan harus ditingkatkan, tindakan berkesan harus diambil untuk meningkatkan mekanisme urus niaga, menyempurnakan struktur kawalan dan meningkatkan kesan urus niaga dan menjamin pembaharuan sistem saham mencapai kejayaan.

Semasa mengadakan tinjauan, Huang Ju menyatakan, sama ada pembaharuan bank perdagangan milik negara boleh mencapai kejayaan atau tidak berhubung langsung dengan perkembangan ekonomi dan kewangan China. Setelah China menganggotai WTO, sektor perbankan China menghadapi tekanan untuk membuka pasaran kewangannya dan menyertai persaingan antarabangsa, baik untuk memelihara keselamatan kewangan negara, menyertai persaingan antarabangsa, atau pun mendorong perkembangan sisioekonomi dan penyusunan semula struktur ekonomi, pembaharuan bank perdagangan milik negara harus dilaksnakan dengan cepat. Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara China sentiasa menumpukan perhatian terhadap pembaharuan dan perkembangan bank perdagangan milik negara. Kerajaan China menetapkan mengadakan percubaan pengubahsuaian sistem saham terhadap Bank China dan Bank Pembinaan China. Masa untuk melaksanakan pembaharuan itu singkat dan usaha itu menghadapi banyak kesukaran. Akan tetapi pembaharuan itu tidak boleh bergagal, malah harus mencapai kejayaan.

Encik Huang Ju menegaskan, butiran utama pembaharuan sistem saham bank milik negara China ialah meminda mekanisme urus niaga. Syarikat Bank China Saham Berhad harus melaksanakan dengan bersungguh-sungguh pembaharuan terhadap sistem pengurusan, penyempurnaan struktur kawalan dan kesan urus niaga, meningkatkan pelbagai pembaharuan dalam syarikat itu seperti struktur kawalan syarikat, mekanisme perkembangan perniagaan, sistem kewangan dan auditan, sistem kawalan risiko dan lain-lain. Di samping itu, keunggulan persaingan perniagaan utama harus dikekalkan dan usana inovasi harus ditingkatkan.

Encik Huang Ju menambah, pembentukan Syarikat Bank China Saham Berhad merupakan permulaan sektor perbankan yang baru. Diharapkan Syarikat Bank China Saham Berhad meningkatkan pembangunan kumpulan pimpinan pelbagai peringkat dan pembangunan kakitangannya, bersatu padu, bertugas dengan bersungguh-sungguh untuk menjamin pembaharuan sistem saham Syarikat Bank China Saham Berhad mencapai kejayaan dan memberi contoh bagi pelaksanaan pembaharuan bank perdagangan milik negara lain.

Dewan Negara China mengesahkan penubuhan Syarikat Bank China Saham Berhad baru-baru ini. Bank itu merupakan bank China yang bersejarah selama hampir seratus tahun. Sistem bank itu diubah daripada bank perdagangan milik negara kepada bank perdagangan sistem saham kawalan negara. Berdasarkan peraturan dan undang-undang China, bank itu menetapkan peraturan syarikat yang baru dan membentuk rangka kawalan syarikat saham yang moden.

---- Ching