Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-20 13:57:37    
China Mainkan Peranan Penting di Kalangan Ilmu Geologi di Dunia

Agensi Berita Xinhua China

Saintis geologi China Profesor Zhang Hongren yang telah menyertai Perhimpunan Geologi Antarabangsa ke-32 yang diadakan di Itali semasa diwawancara oleh wartawan baru-baru ini menyatakan, pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kekuatan negara meningkatkan kedudukan China di arena antarabangsa. Beliau dicalonkan sebagai Pengerusi Persekutuan Sains Geologi Antarabangsa yang baru, ini bermakna China memainkan peranan penting di kalangan geologi di dunia dan kalangan geologi antarabangsa menumpukan perhatian dan menyatakan pengiktirafan terhadap pengkajian sains geologi di China.

Menurut Encik Zhang Hongren, pada beberapa puluh tahun kebelakangan ini, melalui usaha saintis geologi beberapa generasi, sistem ilmu geologi, kumpulan sains dan teknologi ilmu geologi yang lengkap dan kuat telah dibentuk, Hasil pengkajian bertaraf maju antarabangsa telah dicapai. Perhimpunan Geologi Antarabangsa ke-30 berjaya diadakan di Beijing China pada tahun 1996 dan mendapat sanjungan meluas di kalangan ilmu geologi sedunia. Menteri Tanah dan Sumber Alam Negara China Encik Sun Wensheng mengetuai delegasi China yang terdiri daripada lebih 400 orang menyertai Perhimpunan Geologi Antarabangsa ke-32, ini membuktikan kerajaan China menumpukan perhatian terhadap sains geologi. Di samping itu, saintis dan pekerja sains geologi terus memainkan peranan positif dalam Pertubuhan Persekutuan Sains Geologi Antarabangsa dan mendapat lebih banyak hak bersuara. Pada masa ini, seramai 27 saintis geologi China menyandang jawatan di pertubuhan itu dalam projek penting yang dilaksanakan.

Pertubuhan Persekutuan Sains Geologi Antarabangsa merupakan pertubuhan, bukan kerajaan tanpa memperoleh keuntungan, mewakili seramai kira-kira 400 ribu saintis geologi dan merupakan kumpulan saintifik yang paling besar dan aktif di dunia. Menurut Encik Zhang Hongren, kemajuan masyarakat antarabangsa dan proses industrialisasi yang pesat bukan sahaja mengemukakan tuntutan lebih tinggi kepada saintis dan pekerja geologi dunia, tetapi juga Pertubuhan Persekutuan Sains Geologi Antarabangsa menghadapi projek pengkajian baru dan cabaran yang besar. Projek tersebut meliputi pengkajian asas, penggunaan ekonomi dan industri, alam sekitar dan penerokaan pendidikan dalam bidang geologi.

Encik Zhang Hongren berpendapat, cabaran yang dihadapi oleh Pertubuhan Persekutuan Sains Geologi Antarabangsa meliputi mengembangkan sains geologi asas, meningkatkan pengkajian sains geologi kegunaan dan meningkatkan pendidikan pengetahuan sains bumi.

Penduduk, sumber tenaga dan ekologi alam sekitar merupakan cabaran yang dihadapi oleh pelbagai negara di dunia pasa masa ini. Dari segi lingkungan sejagat, permintaan kebanyakan negara membangun terhadap sumber gali-galian dan sumber tenaga semakin meningkat, minyak dan gas asli merupakan fokus utama dalam bidang sumber tenaga dunia. Encik Zhang Hongren mencadangkan, supaya pelbagai negara harus menetapkan dasar sumber tenaga dan mengatur strategi secara berterusan berdasarkan permintaan negara itu sendiri.

Encik Zhang Hongren menyatakan, China menyertai Perhimpunan Geologi Antarabangsa dan aktiviti pertubuhan geologi lain bermanfaat bagi meningkatkan pertukaran akademi dengan saintis geologi pelbagai negara lain dan mendorong peningkatan taraf sains dan teknologi geologi China.

----Ching