Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-20 10:31:57    
Pengiriman Kuih Bulan Sebelah Malam Segera

Agensi Berita Xinhua China
Encik Wang Biao, Ketua Bahagian Penghantaran Segera, Jabatan Pentadbiran Am Pos China memaklumkan pada 19 September, seiring dengan Pesta Kuih Bulan China semakin mendekat, urus niaga penghantaran segera kuih bulan menjadi semakin popular di seluruh negara China. Antaranya, "Penerbangan Malam" penghantaran pos segera merupakan pilihan pertama bagi para pelanggan sewaktu mengirim hadiah Pesta Kuih Bulan disebabkan kiriman pos segera dihantar sampai ke tempat destinasinya sebelum pukul 5 petang esok.

Encik Wang Biao memaklumkan, dalam tempoh sebulan lalu sejak "Penerbangan Malam" beroperasi, urus niaganya meningkat dengan besar-besaran.

"Penerbangan Malam" berpusat di bandar Shanghai menyambung 7 bandar utama iaitu Beijing, Guangzhou, Shenzhen, Xiamen, Shenyang, Weifang dan Osaka, Jepun, menggunakan 8 buah pesawat pos pergi balik antara Shanghai dengan ketujuh-tujuh bandar tersebut, dan menyediakan pengiriman pos segera yang keefisienannya tinggi.

"Penerbangan Malam" beoperasi pada waktu malam. Pada pukul 1 hingga pukul 3 setiap tengah malam, pesawat pos menerbangkan dari 6 bandar China ke Shanghai untuk bertukar-tukar kiriman pos, dan terbang kembali ke bandar masing-masing pada pukul 7:40 hingga pukul 8:55 pagi.

Kiriman dari bandar-bandar lain dihantar ke Shanghai melalui pesawat awam untuk tukar-menukar, kemudian, kiriman pos itu dihantar segera melalui kenderaan di kawasan masing-masing. Lingkungan "Penghantaran Esok" melibatkan 136 buah bandar di seluruh negara China.

Encik Kang Ning, Ketua Bahagian Operasi Jaringan, Jabatan Pentabdiran Am Pos Negara China memaklumkan, "Penerbangan Malam" boleh menjamin kiriman penghantaran segera dihantar ke destinasinya di bandar Shanghai dan 7 bandar utama lain pada pagi keesokan harinya, manakala di bandar-bandar lain dalam lingkungannya sebelum pukul 5 petang esok.

Sebelum itu, batas masa penghantaran pos segera ialah 48 jam, maka "Penerbangan Malam" telah dapat mengurangkan hampir separuh masa penghantarannya.

Encik Kang Ning memaklumkan bahawa sebelum awal tahun depan, urus niaga "Penerbangan Malam" akan melibatkan 300 buah bandar.

----AZMI