Menurut Agensi Berita Xinhua China, selepas proses kuarantin berakhir, 43 ribu ekor kambing hidup dari Mongalia Dalam dan 1700 ekor lembu hidup dari provinsi Hebei dieksport ke Jordan hari ini melalui pelabuhan Qinhuangdao China. Ini bererti eksport lembu dan kambing hidup dari China ke Timur Tengah yang diberhentikan sejak 8 tahun yang lalu telah dipulihkan.
Pemulihan eksport Lembu dan kambing hidup ke Timur Tengah sangat bererti bagi eksport haiwan dan ternakan China, Jabatan Pentadbiran Kawalan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin Negara China akan mengambil tindakan untuk memperluas pasaran ternakannya ke Timur Tengah dan antarabangsa.
|