Menurut berita CRI, Naib Perdana Menteri China, Huang Ju hari ini di Beijing menyatakan bahawa China akan mempercepat pembaharuan sistem saham terhadap bank perdagangan China, dan berusaha meningkatkan daya persaingan antarabangsa bank perdagangan China.
Huang Ju berkata, bank perdagangan milik negara merupakan sektor kewangan yang utama di China, pembaharuan terhadap sistem saham adalah tindakan yang amat perlu untuk meningkatkan daya persaingan mereka dan memelihara keselamatan kewangan negara.
|