Berdasarkan statistik Persekutuan Perusahaan Provinsi Zhejiang di Provinsi Yunnan, seramai lebih 200 ribu pedagang Provinsi Zhejiang menyelenggarakan lebih 10 ribu perusahaan kecil, sederhana dan besar di Provinsi Yunnan, 95% perusahaan tersebut mendapat keuntungan.
Anggota Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China Provinsi Yunnan yang juga ketua pengarah Persekutuan Perusahaan Provinsi Zhejiang di Provinsi Yunnan Encik He Yonggui semasa membincangkan tentang pengalaman perusahaan Provinsi Zhejiang menyelenggarakan perusahaan di Provinsi Yunnan menyatakan, sejak tahun 1980-an hingga sekarang, pedagang Provinsi Zhejiang tiga generasi telah bekerja di Provinsi Yunnan; kebanyakan pekerja generasi pertama ialah penjaja kecil atau pekerja; pekerja generasi kedua ialah pengusaha yang mempunyai ijazah, memiliki modal kecil dan bersemangat penerokaan pada tahun 1990-an; manakala pengusaha generasi ketiga ialah pelabur yang tertarik oleh keunggulan sumber dan lokasi Provinsi Yunnan sejak tahun 2000. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pedagang Provinsi Zhejiang telah melabur lebih 50 bilion Yuan RMB di Provinsi Yunnan, jumlah urus niaga tahunan melebihi 50 bilion Yuan RMB, kutipan cukai tahunan melebihi 1.5 bilion Yuan RMB, menyediakan peluang kerja kepada 1.05 juta penduduk di pelbagai tempat Provinsi Yunnan.
Pada masa ini, baik di bandar pusat seperti Kunming dan Dali, maupun di kawasan terpencil kediaman etnik minoriti bahkan pintu keluar masuk di sempadan, pedagang Provinsi Zhejiang dapat dilihat bekerja dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, bekalan air dan elektrik, pelancongan dan hartanah. Pada tahun yang lalu, pelaburan yang ditarik oleh kerajaan Provinsi Yunnan dari pelbagai tempat China mencatat 9.2 bilion Yuan RMB, manakala jumlah pelaburan pedagang Provinsi Zhejiang mencatat 5 bilion Yuan RMB, menempati separuh ke atas pelaburan yang ditarik oleh kerajaan Provinsi Yunnan.
Menurut maklumat pegawai Suruhanjaya Ekonomi dan Perdagangan Provinsi Yunnan, setelah pedagang Provinsi Zhejiang bekerja di Provinsi Yunnan, mereka bukan sahaja mendatangkan modal dan hasil keluaran, tetapi juga mendatangkan konsep maju dan semangat inovasi. Taraf dan skop pelaburan pedagang Provinsi Zhejiang di Provinsi Yunnan terus meningkat dengan penyempurnaan iklim pelaburan. Pada masa ini, di Provinsi Yunan, lebih seribu perusahaan Provinsi Zhejiang yang asetnya melebihi 10 juta Yuan RMB. Pedagang Provinsi Zhejiang di Provinsi Yunnan yang menjual barangan industri ringan, tekstil, perdagangan, bahan binaan dan lain-lain menempati 80% pedagang di Provinsi Yunnan.
----Ching
|