Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-21 16:00:14    
Syarikat Pengeluaran Kapal Terbang Shanghai Keluarkan Sayap Bahagian Belakang Pesawat Boeing 737

Agensi Berita Xinhua China

Syarikat Pengeluaran Pesawat Shanghai telah menyerahkan sayap lintang bahagian belakang pesawat Boeing 737 generasi baru set ke-500 kepada Syarikat Boeing semalam, ini menandakan perusahaan pengeluaran peralatan penerbangan China telah menjadi anggota penting jaringan net pedagang Syarikat Boeing di dunia.

Pengarah Urusan Syarikat China Boeing Encik Wang Jianmin menyatakan, kerjasama antara Syarikat Boeing dengan syarikat China berlangsung selama 33 tahun, perusahaan China telah menjadi rakan kerjasama penting dan unggul pengeluaran pesawat Boeing, Syarikat Boeing memperuntukkan 500 juta Dolar Amerika untuk membeli peralatan penerbangan di China. Selain Syarikat Industri Penerbangan Shanghai, syarikat di bandar Xi'an, Chengdu, Chongqing dan Shenyang juga bekerjasama dengan Syarikat Boeing. Peralatan dan komponen penting buatan China sedang digunakan dalam 3400 pesawat Boeing, angka itu menduduki 1/3 pesawat Boeing di dunia.

Pesawat Boeing 737 generasi baru mampu terbang lebih tinggi, laju dan jauh kerana sayapnya lebih besar dan motornya lebih kuat daripada kemudahan pesawat Boeing 737 tradisional. Sayap lintang bahagian belakang pesawat sepanjang 14 meter merupakan bahagian penting untuk menyelaraskan kestabilan penerbangan, Syarikat Pengeluaran Pesawat Shanghai yang ditadbirkan oleh Syarikat Industri Penerbangan Shanghai mengeluarkan peralatan tersebut dengan teknologi tinggi. Sejak sayap lintang bahagian belakang pesawat set pertama dikeluarkan dan diserahkan kepada Syraikat Boeing pada tahun 1999, sebanyak 100 set telah dikeluarkan pada bulan Julai tahun 2001, pada masa ini, sayap lintang bahagian belakang pesawat set ke-500 telah diserahkan kepada Syarikat Boeing. Ini menandakan keupayan pengeluaran Syarikat itu telah meningkat.

Setakat ini, sebanyak hampir 5500 daftar pesanan pesawat 737 telah diperolehi oleh Syarikat Boeing dari syarikat penerbangan di seluruh dunia. Pada bulan Jun tahun 2004, 296 pesawat Boeing sedang digunakan oleh syarikat penerbangan di China, menduduki 40% jumlah pesawat awam China.

Kerjasama antara Syarikat Boeing dengan perusahaan industri penerbangan China bermula pada pertengahan tahun 1970-an. Pakar dalam pelbagai bidang termasuk pengeluaran, kualiti, kemudahan dan kejuruteraan telah dihantar oleh Syarikat Boeing untuk menyediakan latihan teknologi di China dalam jangka panjang, membantu China mengeluarkan pesawat yang kualitinya bertaraf peringkat dunia, harganya berdaya saingan dan selamat.

----Ching