Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-21 15:55:34    
Kerajaan Hangzhou Giat Bina Kemudahan Orang Cacat

Agensi Berita Xinhua China
Pada masa ini, bandar Hangzhou, ibu kota Provinsi Zhejiang di bahagian timur China giat melaksanakan projek "Bandar Contoh Pembinaan Kemudahan Orang Cacat".

Encik Wang Guoping, pegawai kerajaan Hangzhou menjelaskan bahawa jika pembinaan kemudahan orang cacat bandar Hangzhou meluluskan pemeriksaan pada suatu masa nanti, kerajaan bandar itu tidak berasa puas hati dan bangga. Bagaimana kesannya harus ditentukan oleh orang cacat.

Pada tahun 2002, bandar Hangzhou ditetapkan sebagai salah sebuah daripada 12 pembina Bandar Contoh Pembinaan Kemudahan Orang Cacat di seluruh negara China.

Dalam tempoh 2 tahun lalu, kerajaan Hangzhou telah membina dan memperbaiki banyak kemudahan orang cacat di pelbagai tempat umum antaranya hotel, restoran, hospital, sekolah, kedai, lapangan, stesen kenderaan, pawagang dan lain-lain.

Pada masa ini, baik di pelbagai tempat umum dalam bandar, ataupun di kawasan destinasi pelancongan Tasik Xihu, orang cacat yang menggunakan kerusi roda boleh melalui dengan lancar. Di jalan-jalan juga dibina laluan khas untuk orang cacat dan peralatan bersuara untuk memperingati orang buta. Di banyak hotel dan kedai, kerajaan Hangzhou juga membina pelbagai kemudahan seperti meja perkhidmatan yang rendah, pemegang bilik mandi, mesin pendaki lereng dan lain-lain.

Pada November tahun ini, semua kemudahan orang cacat yang dibina di bandar Hangzhou tersebut akan diperiksa oleh bahagian berkaiatan.

Bandar Hangzhou mempunyai penduduk cacat seramai 217 ribu orang dan warga tua seramai hampir 890 ribu orang, pembinaan kemudahan orang cacatnya akan mendatangkan faedah kepada seramai hampir sejuta penduduknya.

----AZMI