Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-22 16:07:15    
350 Ribu Pelajar Makan Makanan Berzat di Sekolah Rendah dan Menengah Beijing

Agensi Berita Xinhua China

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, makanan berzat disediakan kepada pelajar pada masa makan tengah hari di banyak sekolah rendah dan menengah di Beijing, sehingga taraf kualiti bahan makanan meningkat dengan ketara. Pada masa ini, seramai kira-kira 350 ribu pelajar makan makanan berzat pada masa makan tengah hari di sekolah rendah dan menengah di Beijing, kesedaran kebersihan yang sihat para pelajar telah meningkat dan kebiasaan makan yang baik mereka telah dibentuk.

Berdasarkan maklumat pegawai Suruhanjaya Pendidikan Bandar Beijing, kerajaan Beijing melaksanakan kawalan ketat untuk menjamin pengeluaran bahan makanan yang disediakan kepada pelajar pada masa makan tengah hari di sekolah selamat. Pada masa ini, cara tawaran tender dan penilaian terhadap kualiti kebersihan bahan makanan telah diambil untuk memastikan 50 perusahaan pengluaran bahan makanan menyediakan bahan makanan kepada pelajar, dan menghantar kira-kira 230 ribu set bahan makanan berzat kepada pelajar setiap hari. Di samping itu, kantin yang bertaraf tinggi telah dibina di lebih 200 sekolah rendah dan sekolah menengah di bandar Beijing untuk menyediakan bahan makanan yang bersih dan berzat kepada kira-kira 120 ribu pelajar pada masa makan tengah hari.

Berdasarkan tuntutan Projek Bahan Makanan yang Selamat yang dilaksanakan di bandar Beijing, Suruhanjaya Pendidikan Bandar Beijing meningkatkan kawalan terhadap bahan mentah pengeluaran bahan makanan yang disediakan kepada pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah, menyempurnakan sistem penghantaran bahan mentah bahan makanan di Pusat Perkhidmatan Bahan Makanan Berzat Pelajar Jingyu Beijing, melaksanakan tawaran tender untuk membeli bahan mentah bahan makanan untuk menjamin beras, gandum, daging dan hasil laut selamat digunakan. Pada masa ini, Pusat Perkhidmatan Bahan Makanan Berzat Pelajar Jingyu Beijing mampu menghantar 120 jenis bahan mentah bahan makanan kepada perusahaan pengeluaran bahan makanan.

Kerajaan bandar Beijing juga memindahkan model pengurusan maju iaitu HACCP (menganalisis ancaman untuk mengawal dengan berkesan) untuk meningkatkan pengurusan di perusahaan pengeluaran bahan makanan bagi menjamin bahan makanan selamat dimakan.

Selain itu, kerajaan bandar Beijing juga meningkat dan menyempurnakan cara pemeriksaan terhadap keselamatan pengeluaran bahan makanan yang disediakan kepada pelajar. Pada tahun 2002, peralatan pemeriksaan baja kimia terhadap sayur-sayuran telah disediakan secara percuma kepada perusahaan pengeluaran bahan makanan, pada tahun ini, kemudahan menyah virus akan disediakan kepada perusahaan tersebut untuk menjamin bahan makanan yang disediakan kepada pelajar selamat dimakan.

----Ching