Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-22 12:21:13    
China Tubuh Sistem Bantuan Masyarakat yang Utamakan "Jaminan Terendah"

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China pada 20 September, Encik Yang Xianyin, Naib Menteri Hal Ehwal Awam China memaklumkan baru-baru ini, kerajaan China sedang beransur-ansur menubuhkan sistem bantuan masyarakat yang mengutamakan sistem jaminan kehidupan terendah penduduk bandar yang dilengkapi dengan sistem bantuan sementara dan dasar keutamaan serta pelbagai sistem lain antaranya sistem bantuan perubatan, pendidikan dan perumahan.

Demikian dinyatakan oleh Encik Yang Xianyin dalam Persidangan Dunia ke-28 Persatuan Jaminan Sosial Antarabangsa.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, China telah mencapai kejayaan dalam pelaksanaan tugas jaminan kehidupan terendah pendudk bandar.

Menurut statistik bahawa setakat akhir tahun 2003, jumlah penduduk di bandar-bandar China yang memperoleh wang jaminan kehidupan terendah telah meningkat daripada 4.02 juta orang pada akhir tahun 2000 kepada 22.47 juta orang, dan penduduk yang memerlukan jaminan masyarakat telah memperoleh jaminan yang bersesuaian.

Bagaimanapun, dalam proses pelaksanaan sistem tersebut, kerajaan China juga mengalami pelbagai masalah antaranya peningkatan jumlah penduduk yang memerlukan jaminan bantuan masyarakat, kekurangan dana, taraf perkhidmatan terhad dan lain-lain.

Encik Yang Xianyin berkata, terdapat beberapa faktor menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang memerlukan jaminan bantuan masyarakat seperti para penganggur perusahaan milik negara serta anggota keluarganya yang sukar mendapat semula kerja; seiring dengan pelaksanaan pembaharuan sistem catatan biodata penduduk, terdapat ramai petani berubah menjadi penduduk bandar, mereka yang mengalami kesukaran kehidupan memerlukan jaminan bantuan masyarakat; seiring dengan penyusunan semula struktur industri dan pengurangan kakitangan syarikat dipercepat, situasi pencarian kerja menjadi agak serius di bandar-bandar China sehingga menyebabkan penduduk miskin yang baru bertambah ramai.

----AZMI