Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-23 15:51:32    
Projek Hijau Untuk Melindungi Sungai Utama China telah Diselesaikan

Agensi Berita Xinhua China
Projek Hijau untuk melindungi sungai utama China yang dilaksanakan bersama oleh Jawatankuasa Liga Pemuda dan Jabatan Perhutanan China diumumkan diselesaikan baru-baru ini di bandar Lanzhou Provinsi Gansu China. Ini menandakan sepuluh ribu hektar pokok telah ditanam. Sejak projek itu dilaksanakan pada tahun 1999, kesan ekologi dan kesan sosial projek itu telah dicapai pada permulaan.

Menurut maklumat pegawai berkaitan, projek itu dilaksanakan bertujuan untuk membantu untuk menanam pokok dan rumput di kawasan bahagian tengah dan barat yang ekologi alam sekitar kurang sempurna dan kadar liputan hutan rendah. Standard peruntukan bantuan projek itu ialah 200 Yuan kira-kira 0.06 hektar. Sejak tahun 1999, 6 projek utama berkaitan telah dilaksanakan di Provinsi Gansu, Sichuan, Shaanxi, dan Qinghai, wilayah autonomi Ningxia serta andar Chongqing. Berdasarkan maklumat, projek yang dilaksanakan di Lanzhou merupakan salah satu antara 6 projek tersebut. Projek itu mula dibina pada tahun 1999, pada masa ini, sebanyak 2.24 ribu hektar pokok dan rumput telah selesai ditanam, lebih 100 ribu remaja menyertai usaha kewajiban itu.

Projek melindungi sungai utama China juga dilaksanakan bersama dengan badan kerajaan China seperti Kementerian Sumber Air dan Pertubuhan Perlindungan Alam Sekitar Antarabangsa. Sebanyak 54 buah projek utama dilaksanakan di seluruh negara, keluasan penanaman pokok mencatat kira-kira 37.77 ribu hektar.

Berdasarkan maklumat, tindakan perlindungan sungai utama China ialah untuk melindungi dan menyempurnakan ekologi alam sekitar, meningkatkan kesedaran penduduk awam terhadap tamadun hijau, perlindungan ekologi alam sekitar dan berkembang secara berterusan, melaksanakan pembangunan dan pengurusan projek, menggalakkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk remaja menyertai pembangunan projek itu, menanam pokok dan rumput di kawasan aliran sungai, tasik di Sungai Kuning dan Sungai Yangtze untuk mengekalkan tanah dan air, mencegah pencemaran.

Setakat ini, seramai 300 juta remaja dan penduduk awam di seluruh China telah menyertai projek melindungi sungai utama China, sebanyak 250 juta Yuan RMB telah dikumpulkan. Tindakan ini bermanfaat bagi remaja dan penduduk awam menyertai pembangunan ekologi alam sekitar dan melaksanakan pendidikan terhadap mereka.

----Ching