Menubuhkan kelas latihan penterjemah profesional peringkat tinggi merupakan tindakan yang penting untuk menjayakan Ekspo China-ASEAN. Baru-baru ini, seramai 29 orang peserta kelas tersebut telah mengakhiri latihan selama 2 bulan di Beijing dan Guangdong dan pulang ke Nanning untuk menyertai kelas latihan itu nanti.
Peserta tersebut dipilih dari kalangan ramai tenaga profesional bahasa asing yang akan berkhidmat untuk Ekspo China-ASEAN dan menjadi jambatan antara tetamu dalam dan luar negara.
Kekurangan penterjemah peringkat tinggi merupakan satu masalah yang dihadapi oleh Ekspo China-ASEAN. Sebagai ekspo antarabangsa, Ekspo China-ASEAN memerlukan ramai penterjemah. Sekarang, pelantikan dan latihan penterjemah sedang dilaksanakan.
Sidang pertukaran tenaga profesional Ekspo China-ASEAN pertama telah diadakan pada Febuari lepas. Nanning telah memulakan kerja pelantikan dan pendidikan penterjemah. Seramai hampir 300 penterjemah telah menyertai temuduga pelantikan. Profesor dari Universiti Pengajian Asing Beijing dan Universiti Pengajian Bahasa Asing dan Perdagangan Luar Guangdong telah mempengerusikan temuduga tersebut. Akhirnya, terdapat 29 orang calon layak untuk menyertai kelas latihan penterjemah profesional peringkat tinggi Ekspo China-ASEAN.
Dimaklumkan, umur purata 29 orang peserta kelas tersebut ialah 35 tahun, mereka bekerja dalam pelbagai sektor termasuk pensyarah di universiti, anggota teknik dari akademi, kaki tangan kerajaan dan pengurus perusahaan. Mereka bukan sahaja mempunyai bakat bahasa asing, tetapi juga sangat mahir dalam bidang-bidang yang lain. Ada diantara mereka pernah belajar atau bekerja di seberang laut dan mempunyai keupayaan menjadi penterjemah yang bermutu tinggi.
Menyediakan latihan yang terbaik merupakan prinsip kelas latihan penterjemah profesional peringkat tinggi Ekspo China-ASEAN. Untuk menjayakan kelas tersebut, badan kerajaan berkenaan telah mengadakan tinjauan ke banyak tempat, akhirnya, mereka menetapkan memilih Universiti Pengajian Bahasa Asing Beijing dan Universiti Pengajian Bahasa Asing dan Perdagangan Luar Guangdong, iaitu 2 universiti bahasa asing yang terbaik di China sebagai rakan kerjasama untuk menyediakan latihan kelas itu.
Universiti Pengajian Bahasa Asing Beijing merupakan univeristi yang terbaik di China untuk memupuk tenaga profesional sebagai penterjemah, biasanya, universiti itu tidak menyediakan latihan kepada masyarakat. Tetapi untuk menjayakan Ekspo China-ASEAN, universiti itu dengan sedaya upaya menyediakan bantuan kepada kelas itu.
Kedua-dua universiti itu telah menyediakan pensyarah yang berpengalaman untuk menyediakan kursus penterjemah bahasa, pengetahuan asas negara anggota ASEAN dan lain-lain.
Untuk meningkatkan taraf terjemahan kepada para peserta kelas itu, kedua-dua universiti itu telah menyediakan kelengkapan pelajaran yang moden dan bahan rujukan serta rakaman pidato pemimpin negara asing, utusan luar negara di China dan tokoh yang terkenal.
Walaupun para peserta berjaya mengikuti latihan itu, tetapi disebabkan tuntutan sangat tinggi, mereka masih menghadapi tekanan yang berat dan cabaran.
Terdapat seorang pensyarah bernama Wang Yan dari Universiti Pengajian Bahasa Asing Beijing, beliau pernah belajar di seberang laut dan menyandang jawatan di Kementerian Luar China. Sekarang, beliau menyandang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Hal-ehwal luar universiti itu. Wang Yan yang mempunyai pengalaman sebagai penterjemah mencipta satu cara pengajaran yang istimewa, iaitu langsung berbicara dalam bahasa Mandarin atau bahasa Inggeris selama 5 hingga 10 minit, kemudian menyuruh pelajarnya menterjemah dalam bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin. Para pelajar susah menjawab soalan itu, keyakinan mereka terjejas, kerana mereka menganggap diri sendiri ialah tenaga profesional yang baik.
Melalui cara pengajaran itu, para pelajar menyedari kekurangan itu dan mereka berazam belajar lebih rajin. Ada pelajar bangun pagi pukul 5 dan mulai belajar. Semasa mengikuti kursus di Beijing, para peserta kelas itu belajar sekurang-kurangnya 5 jam setiap hari, untuk menjimatkan waktu berbaris di kantin, mereka sering makan mi segera. Setelah lulus, para pelajar mempunyai taraf penterjemah yang tinggi. Ketua Pengarah Jabatan Personel Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China Li Kang menyatakan, mereka boleh menjadi penterjemah yang hebat pada masa akan datang.
Li Kang menyatakan, matlamat kelas latihan tersebut ialah memupuk penterjemah yang hebat boleh melambangkan imej Guangxi. Dimaklumkan, setelah kelas latihan penterjemah itu berakhir, 20 orang peserta akan menjadi calon penterjemah profesional peringkat tinggi, mereka akan dihantar ke Belgium untuk menyertai kursus. 9 orang peserta yang lain akan menjadi pegawai perhubungan untuk Ekspo China-ASEAN setelah mereka menerima latihan dan mengadakan peninjauan ke ekspo yang besar di China dan negara lain.
---Andika
|