Menurut Agensi Berita Xinhua China pada 22 September, di Jalan Taipei yang sepanjang lebih seribu meter di bandar Wuhan, ibukota Provinsi Hubei di bahagian tengah China, terdapat banyak bangunan, sekolah, syarikat dan kedai-kedai yang dinamakan dengan tempat Taiwan antaranya, Taman Baodao, Pagoda Kembar Longhu, Apartmen Penghu, Ziranmei, Kopi Wangpai, Kuih Luosha dan lain-lain. Para pengunjung seolah-olah berada di pulau Taiwan.
Jalan Taipei Wuhan dikenali sebagai "Jalan Anding" pada tahun 1984. Pada tahun 2002, kerajaan bandar Wuhan membuat keputusan memulihara Jalan Taipei dan menjadikannya sebagai "Jalan Budayan Taiwan".
Projek pemuliharaan tersebut selama 2 tahun dan melibatkan perbelanjaan sebanyak lebih 80 juta Yuan RMB.
Di "Jalan Budaya Taiwan", terdapat lebih 300 kedai yang dinamakan dengan Taipei, Taizhong, Tainan dan Taidong, dan banyak komuniti juga dinamakan dengan tempat Taiwan seperti Komuniti Tainan, Hualian, Taoyuan, Yilan, Yunlin dan Penghu. Terdapat ramai saudara setanah air Taiwan melawat sana, mencubai makanan dan minuman yang bercirikan Taiwan dan minum Teh Kongfu Minnan.
Pada masa ini, kerajaan Wuhan telah menyelesaikan perancangan pembinaan jangka panjang "Jalan Budaya Taiwan", dan menetapkan Jalan Taipei yang panjangnya 1,380 meter sebagai jalan utama, Jalan Gaoxiong dan Jalan Yunlin sebagai jalan sampingan. Kawasannya seluas 2.2 kilometer persegi.
Syarikat Hartanah Baodao Wuhan Bhd. yang ditubuhkan oleh Kumpulan Taizhen Taiwan merupakan pelabur utama dalam pembinaan "Jalan Budaya Taiwan", dan pelaburannya diramalkan akan mencapai 150 juta dolar Amerika. Encik Yang Zhengxi, Pengerusi Lembaga Kumpulan Taizhen Taiwan penuh yakin terhadap masa depan pelaburan tersebut.
Dimaklumkan bahawa pada masa ini, terdapat lebih 600 syarikat Taiwan melabur di Wuhan, dan jumlah pelaburannya mencatat 1.4 bilion dolar Amerika.
Terdapat puluhan orang pedagang Taiwan menetap di Jalan Taipei dan Persatuan Persahabatan Pedagang Taiwan juga ditubuhkan di jalan itu.
----AZMI
|