|
Persiapan telah diselesaikan untuk mengadakan perlumbaan F1 buat kali pertama di bandar Shanghai China.
Pada 23 September, cuaca amat cerah, poster F1 berkibar-kibar di sepanjang lebuh raya ekspres yang menuju ke Pusat Perlumbaan Kereta Antarabangsa Shanghai yang terletak di kawasan Jiading; pekerja di Hotel Yingbin yang terletak di kawasan Jiading sedang menyebarkan jadual waktu perlumbaan F1 China ke setiap bilik; dalam lapangan Pusat Perlumbaan Kereta Antarabangsa, Michael Schumacher sedang melatih dengan gembira. Penduduk di seluruh bandar Shanghai sedang membincangkan tentang satu topik iaitu F1.
Dijangka pada 26 September, seramai kira-kira 150 ribu penonton dalam dan luar negara akan menyaksikan perlumbaan F1 di Pusat Perlumbaan Kereta Antarabangsa Shanghai, manakala seramai kira-kira 450 juta orang di seluruh dunia akan menyaksikan perlumbaan F1 pos Shanghai menerusi TV.
Sejak berjaya memohon untuk menganjurkan perlumbaan F1 pos China pada bulan Oktober tahun 2002, kerajaan Shanghai mulai membuat kerja persiapan. Pusat perlumbaan F1 standard antarabangsa yang bertaraf sains dan teknologinya tinggi yang lengkap, banyak fungsi telah dibina dengan mengatasi banyak kesukaran di tanah yang lembut Shanghai pada bulan Oktober tahun 2002 hingga akhir bulan April tahun 2004; di samping itu, latihan jurulatih dan sukarelawan juga dilaksanakan; pada 6 Jun tahun ini, Kejohanan Kereta China sebagai latihan perlumbaan F1 pos China telah diadakan dengan meriah.
Beberapa kali latihan telah dilaksanakan berturut-turut di Pusat Perlumbaan Kereta Antarabangsa Shanghai, termasuk penyambungan antara aktiviti skop besar seperti upacara perasmian dan perlumbaan, perkhidmatan yang disediakan kepada tetamu agung, bimbingan penonton masuk ke pusat, peletakan pelbagai jenis kereta dan lain-lain.
Latihan utama adalah untuk menguruskan kejadian yang berlaku secara mendadak seperti kereta terkeluar dari litar perlumbaan, dua kereta berlanggar, kereta terbakar dan lain-lain.
Pelbagai badan kerajaan Shanghai seperti sukan, keselamatan awam, komunikasi, pelancongan dan lain-lain sedang sibuk membuat persiapan untuk mengadakannya perlumbaan F1.
Pengurus Besar Syarikat Pusat Perlumbaan Kereta Antarabangsa Shanghai Berhad Encik Mao Xiaohan menyatakan, setiap orang sedang berusaha agar perlumbaan kali ini mencapai kejayaan. Semua orang berasa bangga untuk memberi sumbangan untuk usaha itu.
----Ching
|