Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-24 15:22:35    
Shanghai: Peruntukkan 1.5 Bilion Yuan RMB Laksanakan "Rancangan Xingguang"

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua di Shanghai pada 23 September, sebagai bandar yang mempunyai paling ramai warga tua di China, Shanghai telah memperuntukkan 1.5 bilion Yuan RMB dalam tempoh 3 tahun lalu untuk melaksanakan "Rancangan Xingguang" yang bertujuan memulihara kemudahan kebajikan warga tua.

Seramai 2.5 juta warga tua di bandar tersebut mendapat faedah daripada pelaksanaan rancangan itu.

Jabatan Hal Ehwal Awam Bandar Shanghai memaklumkan, dalam tempoh 3 tahun lalu sejak pelaksanaan "Rancangan Xingguang", kemudahan kebajikan untuk warga tua berturut-turut dapat diperbaiki di Shanghai.

Setakat Mei tahun ini, Shanghai telah baru membina bilik aktiviti untuk warga tua seluas 350 ribu meter persegi, memulihara 185 buah rumah orang tua, menjadikan setiap jalan, kampung dan pekan menubuhkan badan kebajikan warga tua, dan baru membina 83 buah badan perkhidmatan waktu sidang untuk warga tua.

Serentak itu, kerajaan bandar Shanghai membeli bentuk perkhdimatan untuk membantu warga tua. Pada masa ini, seramai 140 ribu warga tua telah mendapat subsidi perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan.

Alat berbunyi kecemasan yang disebut "Ankangtong" yang direka bentuk untuk warga tua telah dipasang di 24 ribu rumah warga tua, dan berjaya menyediakan perkhdimatan sebanyak lebih 80 kali.

Berdasarkan statistik bahawa pada masa ini, warga tua yang berumur 60 tahun ke atas menduduki 18.7% jumlah keseluruhan penduduk di Shanghai, dan nisbah itu masih akan meningkat.

Diramalkan bahawa pada tahun 2010, jumlah warga tua akan melebihi 4 juta orang di Shanghai.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Awam Shanghai Encik Xu Lin menyatakan, Shanghai berjaya menyelsaikan pelaksanaan "Rancangan Xingguang" dalam tempoh 3 tahun, dan akan mengalihkan tugasnya ke bidang bagaimana lebih baik mengoperasi, menguruskan dan menggunakan kemudahan kebajikan warga tua.

----AZMI