Seiring dengan perkembangan China selama 55 tahun, industri nuklear China juga mencapai kemajuan. Pada 16 Oktober 1964, China berjaya melakukan ujian bom atom pertama di Malan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dan menjadi negara ke-5 di dunia yang memiliki senjata nuklear.
Dalam tempoh 55 tahun itu, sistem industri nuklear yang lengkap termasuk perlombongan dan metalurgi uranium, mengayakan uranium, pengeluaran peralatan komponen, penyelidikan dan pembinaan senjata nuklear telah dibentuk di China, selain itu, China juga memiliki 9 unit reaktor nuklear yang kapasiti penjanaan elektriknya mencatat 7.01 juta kilowatt.
Industri nuklear China berkembang pada awal tahun 1955. Pada masa itu, Republik Rakyat China baru ditubuhkan. Untuk memecahkan monopoli penguasaan nuklear dan ancaman negara-negara imperialisme, menjamin keselamatan negara, kerajaan China yang diketuai oleh mendiang Mao Zedong menetapkan strategi mengembangkan industri nuklear.
Pada 16 Oktober 1964, China berjaya melakukan ujian bom atom pertama.
Pada tahun 1967, China berjaya melaksanakan ujian letupan bom hidrogen, pada tahun 1971, kapal selam menggunakan tenaga nuklear China pertama mulai digunakan. Kejayaan tersebut menandakan keupayaan pertahanan China mencapai kemajuan, jurang perbezaan antara China dengan negara maju dalam bidang sains dan teknologi semakin kecil dan China menduduki antara tempat teratas di dunia dalam bidang sains dan teknologi.
Menurut mendiang Deng Xiaoping, "Jika China tidak memiliki bom atom, bom hidrogen dan melancarkan satelit pada tahun 1960-an, China tidak akan menjadi negara yang mampu memainkan peranan penting di dunia seumpama sekarang. Taraf sains dan teknologi tersebut mencerminkan keupayaan sesebuah bangsa dan menandakan kemakmuran sesebuah negara."
Sejak China mengamalkan dasar pembaharuan dan buka pintu, industri sains dan teknologi pertahanan negara telah melaksanakan strategi yang dapat memenuhi keperluan perkembangan ekonomi nasional dan membangunkan sektor nuklear.
Melalui usaha selama lebih 20 tahun, pembangunan sektor nuklear telah mencapai kejayaan yang membanggakan. Reaktor tenaga nuklear Qinshan, reaktor tenaga nuklear pertama yang direka dan dibina oleh China selesai dibina dan beroperasi pada tahun 1991, kapasiti penjanaan elektrik reaktor itu mencatat 310 ribu kilowatt. Sejak itu, kuasa nuklear dapat dijana di Tanah Besar China. Reaktor janakuasa nuklear Dayawan—reaktor nuklear yang mampu menjana tenaga sebanyak sejuta kilowatt China merupakan projek usaha sama pertama China-Perancis dan kerjasama itu menyediakan pengalaman yang berharga bagi China membina dan menguruskan reaktor nuklear berskop besar. Setakat ini, China telah memiliki 9 unit reaktor janakuasa nuklear yang kapasiti penjanaan elektriknya mencatat 7.01 juta kilowatt.
Pada masa ini, sistem industri sains dan teknologi nuklear yang lengkap telah dibentuk di China. Seiring dengan penggunaan teknologi nuklear dalam bidang yang lebih luas, kesan sosioekonomi ditingkatkan dengan ketara. Teknologi nuklear digunakan dalam kebanyakan bidang seperti industri, pertanian, perubatan, sumber tenaga, alam sekitar dan lain-lain.
Pada tahun 1984, China menganggotai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, kemudian China menyertai lebih 10 konvensyen atau perjanjian antarabangsa. Ini mendorong perkembangan teknologi nuklear China dan memberi sumbangan untuk menggunakan secara damai tenaga nuklear, mencegah pencabahan nuklear di arena antarabangsa.
----Ching
|