Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-27 16:16:38    
Pelbagai Aktiviti Merayakan Hari Kebangsaan China Diadakan di Singapura

CRI
Menjelang 1 Oktober, iaitu ulang tahun ke-55 penubuhan Republik Rakyat China, pelbagai aktiviti merayakan hari yang penuh bermakna ini telah diadakan di Singapura.

Pada 24 September yang lalu, Satu pameran foto yang bertema: "Rediscover China—Merayakan Ulang Tahun ke-55 Penubuhan Republik Rakyat China" telah diadakan di Suntec City, Singapura. Duta Besar China ke Singapura, Encik Zhang Yun serta tokoh-tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat Singapura dan China telah menyertai majlis perasmian.

Dalam ucapan perasmian, Encik Zhang Yun berkata, China merupakan negara yang bertamadun dan bersejarah lama. Bangsa Cina telah mencipta kebudayaan yang gilang-gemilang dalam tempoh lebih 5000 tahun. Sejak lebih setengah abad kebelakangan ini, rakyat China telah mengalami ujian peralihan zaman dan berusaha untuk meneroka jalan pembangunan yang bersesuaian dengan keadaan negara. Lebih-lebih lagi sejak China mengamalkan dasar pintu terbuka dan pembaharuan pada 20 tahun yang lalu, ekonomi China telah mencapai perkembangan yang pesat, kekuatan bersepadu negara juga semakin meningkat. Encik Zhang Yun berkata,

"Saya berharap melalui pameran foto kali ini, kawan-kawan di Singapura akan lebih memahami China. Dengan foto-foto ini, mereka dapat memahami menikmati kebudayaan China yang membanggakan dan mengetahui ketabahan dan kegigihan rakyat China dalam usaha membangunkan negara."

Pameran foto tiga hari yang diselenggarakan oleh Kedutaan Besar China di Singapura ini terdiri daripada tiga bahagian dengan mempamerkan 80 keping foto. Foto-foto tersebut telah memperkenalkan sejarah China, keadaan sekarang di China dan masa depan China, dan telah mencerminkan pembangunan China dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi, kebudayaan dan masyarakat. Pameran tersebut telah menarik perhatian orang ramai. Antaranya termasuk Encik Huang dari Malaysia. Encik Huang memberitahu pemberita bahawa beliau amat berminat pada China dan pernah banyak kali melawat China. Ketika memperkatakan tentang pandangan beliau terhadap pameran kali ini, Encik Huang menyatakan, pameran ini banyak memberi bantuan kepada beliau untuk mengetahui China. Beliau berkata,

"Ini kerana saya gemar merakam gambar dan saya juga suka melancong. Selepas melihat gambar-gambar yang cantik dalam pameran foto ini, saya mahu melancong ke setiap bandar dan destinasi pelancongan di China."

Pameran kali ini bukan sahaja menarik perhatian kawan-kawan di luar negara, tetapi juga menarik warga China yang bekerja di Singapura.

Encik Sun Renhai bertugas di Singapura sejak 5 tahun yang lalu. Beliau merupakan jurutera sebuah syarikat semiconductor di Singapura. Encik Sun memberitahu pemberita, beliau sentiasa mengikuti pembangunan dan perubahan yang berlaku di China. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China telah mencapai kemajuan yang besar, beliau sebagai warganegara China juga terasa bangga. Encik Sun berkata,

"Kami warga China yang bekerja di luar negara amat memerhati keadaan tanah air, pada setiap hari, kami akan melayari laman web dan mencari berita-berita tentang China. Pada masa depan, saya mungkin akan balik ke China, dan juga mungkin akan terus bekerja di sini, bagaimana pun, dari sudut hati saya, saya berharap negara China semakin berkembang maju, jika negara China menjadi kuat, kami baru berasa senang hati, walaupun kami terus tinggal di luar negara, kami juga turut merasa bangga. Jika negara kami kurang maju, orang lain juga akan memandang rendah kami. Ini adalah hakikat yang sebenar."

Encik Sun juga ingin melalui siaran radio CRI menyampaikan ucapan tahniah kepada rakyat di tanah air.

"Saya berharap, dengan pimpinan Presiden Hu Jintao, negara China akan semakin berkembang maju, rakyat China hidup bahagia dan wibawa negara China di arena antarabangsa semakin meningkat."

Selain pameran foto tersebut, satu malam kesenian merayakan ulang tahun ke-55 penubuhan negara China juga telah diadakan di Singapora Polytechnic pada malam 26 September yang lalu.


Malam kesenian tersebut dianjurkan oleh Persatuan Pelajar China di Singapura. Pelajar-pelajar China dari pelbagai pusat pengajian tinggi di Singapura, termasuk Universiti Teknologi Nanyang, Universiti Kebangsaan Singapura dan lain-lain telah mengadakan persembahan yang menarik menghiburkan kira-kira seribu penonton di dewan Singapora Polytechnic. Para pelajar dengan tarian dan nyanyian mereka mengucapkan tahniah atas ulang tahun ke-55 penubuhan Republik Rakyat China.

---Wenwen