Pada 26 September tahun 1959, lombong minyak peringkat dunia ditemui di sebuah pekan kecil yang bernama Datong di dataran Songnen, di bahagian timur laut China.
Pada ketika itu, sempena ulang tahun ke-10 penubuhan Republik Rakyat China. Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China Provinsi Hei Longjiang pada masa itu Encik Ouyang Qin mencadangkan, mengubah nama pekan kecil itu sebagai Daqing, dan lombong itu dinamakan Lombong Daqing sebagai hadiah bagi Republik Rakyat China yang baru ditubuhkan selama 10 tahun. Sejak itu, nama Daqing menyambungkan minyak dengan pembangunan negara dan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dalam bidang pengeluaran minyak.
Pada masa awal pembentukan Lombong Daqing, syarat perlombongannya amat buruk, tambahan pula bencana alam selama tiga tahun dan sekatan teknologi luar negara. Akan tetapi kesemuanya ini tidak menggoyangkan keazaman pekerja di Lombong Daqing meneroka lombong minyak peringkat dunia.
Setakat separuh tahun pertama tahun ini, minyak mentah yang dikeluarkan di Lombong Daqing mencatat 1.8 bilion tan, menduduki 40% ke atas minyak mentah daratan seluruh negara dalam tempoh yang sama, mengeluarkan 50 juta tan setiap tahun dalam tempoh 27 tahun berturut-turut. Ini membaharui rekod baru dalam sejarah perlombongan minyak dunia; pangkalan industri pengeluaran minyak China terbesar telah dibina, seset teori perlombongan minyak dan teknologi kejuruteraan yang bercirikan China telah dibentuk, hasil pengeluaran minyak di Lombong Daqing telah disenaraikan dalam sejarah perkembangan sains dan teknologi China. Lombong Daqing menyerahkan pelbagai dana dan bertanggungjawab terhadap perbezaan harga minyak mentah lebih 900 bilion Yuan RMB, dan memperoleh lebih 50 bilion Dolar Amerika untuk negara.
Mulai pada akhir tahun 1980-an, pemimpin Lombong Daqing mengutamakan isu perkembangan dalam jangka panjang, melaksanakan penyelenggaraan perusahaan bagi perkembangan secara berterusan.
Lombong Daqing dikembangkan secara saintifik. Strategi perlombongan disusun semula untuk mewujudkan pencarigalian dan penerokaan pelbagai sumber tenaga bersama yang mengutamakan perlombongan minyak dan gas asli.
Pada bulan Julai tahun 2002, pusat simpanan gas asli yang mencatat 35 bilion meter padu telah ditemui di Daqing. Ini merupakan pusat simpanan gas asli yang paling besar yang ditemui di kawasan bahagian timur laut China.
Pemprosesan barang keluaran minyak dan petrokimia juga mendorong perkembangan Daqing secara berterusan. Pada masa ini, Daqing telah menjadi pangkalan pengeluaran industri petrokimia dan pangkalan kajian sains yang penting di China.
----Ching
|