Menurut Agensi Berita Xinhua China, Persekutuan Perusahaan Janakuasa Elektrik China semalam mengumumkan bahawa set janakuasa yang dipasangkan di loji janakuasa hidro Gongboxia di Sungai Kuning mula beroperasi baru-baru ini. Dengan demikian, jumlah kapasiti janakuasa hirdoelektrik China melebihi 100 juta kilowatt dan menduduki tempat pertama di dunia.
Selain itu, berdasarkan rancangan perkembangan sosioekonomi China, kapasiti janakuasa hidroelektrik China akan mencapai 150 juta kilowatt pada tahun 2015.
|