Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-27 15:51:16    
Permohonan Paten di China Lebih 2 Juta dalam Tempoh 20 Tahun Lalu

Agensi Berita Xinhua China
1 April 1985 merupakan hari pertama China melaksanakan Undang-undang Paten.

Setelah menanti selama 3 hari 3 malam di luar pintu Biro Paten Negara China, Encik Hu Guohua, bekas jurutera Jabatan 207 Kementerian Industri Penerbangan dan Angkasa Lepas China memperoleh nombor paten pertama di China dan beliau juga merupakan orang pertama yang mengemukakan permohonan paten di China .

Dalam tempoh 20 tahun lalu, China telah mencapai kejayaan besar dalam bidang permohonan paten. Pada masa ini, jumlah permohonan paten di seluruh negara China berjumlah 2.15 juta buah.

Pada 12 Mac 1984, Sidang ke-4 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan ke-6 China membahaskan dan meluluskan "Undang-undang Paten Republik Rakyat China" yang merupakan lambang dan permulaan yang penting penubuhan sistem paten di China.

Pada hari pertama sejak pelaksanaan "Undang-undang Paten China", Biro Paten China telah menangani permohonan paten sebanyak 3,455 buah.

Pada 1 April 1985, Biro Paten China Cawangan Shanghai dan cawangan Shenyang, Jinan serta Changsha mulai menangani permohonan paten pada masa yang sama. Kemudian, Biro Paten China turut menubuhkan cawangannya di bandar Nanjing, Chengdu, Wuhan, Xian dan Guangzhou.

Pada 10 September 1985, Biro Paten China menerbitkan pengumuman paten dan surat penerangan paten kumpulan pertama. Maka catatan dokumen paten China merupakan komponen catatan dokumen paten sedunia.

Setakat 11 Januari 2000, China telah menangani sebanyak sejuta buah permohonan paten dari dalam dan luar negara.

Setakat 17 Mac 2004, seiring dengan perkembangan pesat sains dan teknologi dan pelbagai lapisan masyarakat semakin sedar tentang sistem hak harta intelektual, China telah menangani sebanyak lebih 2 juta permohonan paten dan kadar pertumbuhan tahunannya mencapai 23.1%.

----AZMI