Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-28 15:17:57    
Sistem Peguam China Makin Disempurnakan di China

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Laporan Agensi Berita Xinhua China, Zhou naxin yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden Persatuan Peguam Beijing merupakan peguam generasi pertama Republik Rakyat China. Sebagai penyaksi perkembangan sistem peguam China, beliau menyatakan, "boleh dikatakan pembaharuan sistem peguam di China tersu dilakukan."

Sistem peguam China dilaksanakan pada tahun 1955, setakat ini, peguam profesional di China berjumlah 102 ribu orang, dan jumlah syarikat guaman di China mencapai lebih 11 ribu buah, dan sistem peguam China telah disempurnakan dari semasa ke semasa.

Semenjak akhir 1980-an, China melakukan pembaharuan sistem peguam. Pada tahun 1988, Kementerian Kehakiman China mengemukakan laporan kepada Dewan Negara China agar mengadakan pembaharuan terhadap sistem peguam dan melaksanakan sistem kerjasama.

Pada masa itu, naib pengarah sebuah jabatan penasihat undang-undang, Wang Yiling berharap dapat bersama-sama Zhou Naxin menubuhkan syarikat guaman sistem pertama di Beijing.

Rangka sistem peguam sosialisme yang bercirikan China telah dibentukan berikutan Undang-undang Peguam Republik Rakyat China dikuatkuasakan pada bulan Mei 1996. Selepas itu, banyak syarikat guamantelah ditubuhkan di China.

Berdasarkan statistik, kira-kira 30% orang lulusan dari institusi penganjian tinggi undang-undang China telah menjadi peguam atau mendapat kelayakan sebagai peguam. Kini, antara 100 ribu orang peguam di China, lebih separuh mereka mempunyai ijazah sarjana muda.

Pemeriksaan Kelayakan Peguam China mulai diadakan pada tahun 1986, ini berfaedah bagi perkembangan sistem eguamdan perundangan China.