Sempena ketibaan ulang tahun ke-55 penubuhan Republik Rakyat China, Encik Yu Fengnian bersama-sama dengan sekeluarganya merancang memandu kereta persendirian untuk bercuti di desa di luar bandar.
Bapa Encik Yu Fengnian berusia 72 tahun. Sebelum Republik Rakyat China ditubuhkan, beliau sentiasa memandu kereta buatan asing untuk orang asing di bandar Harbin. Beliau berasa kesal kerana tidak pernah memandu kereta buatan China. Setelah bekerja, Encik Yu Fengnian menjadi pemandu di Kilang Pengeluaran Kenderaan Pertama Changchun—kilang pengeluaran kenderaan pertama di China. Sehubungan dengan itu, beliau menyaksikan dengan sendiri perkembangan industri kenderaan China.
Encik Yu Fengnian menyatakan, sejak kecil, beliau berharap memandu kereta. Setelah tumbuh membesar, beliau baru mengetahui China tidak mampu mengeluarkan kenderaan. Pada masa itu, kereta buatan bekas Soviet Union, A.S., Jepun dan negara lain boleh ditemui di jalan-jalan, akan tetapi, tidak ada kereta buatan China. Pada tahun 1953, ketika mengetahui kerajaan akan menubuhkan kilang pengeluaran kenderaan di bandar Changchun, beliau mendaftar nama dengan segera. Beliau berkata, "Saya mendaftar nama adalah untuk menyaksikan apa rupanya kenderaan buatan China dengan seawal mungkin dan memandu kereta buatan China bagi merealisasikan impian saya."
Pada bulan Julai tahun 1956, Encik Yu Fengnian mendapat pengetahuan bahawa beliau dipilih sebagai pemandu lori buatan China kumpulan pertama. Menurut Encik Yu Fengnian, pada 13 Julai tahun itu, beliau memandu lori di kawasan kilang itu. Kawasan itu penuh sesak dengan ramai orang yang ingin menyaksikan lori buatan China pertama sehingga lori itu tidak dapat berjalan. Menurut beliau perasaan memandu kereta buatan negara lain dan perasaan membantu kereta buatan China sama sekali tidak sama.
Sempena kereta buatan China pertama dikeluarkan, Encik Yu Fengnian diaturkan bekerja di bahagian kereta, dan tidak lama kemudian, beliau memandu kereta buatan China untuk menerima dan menghantar tetamu China dan asing yang melawat Kilang Pengeluaran Kenderaan Pertama Changchun.
Encik Yu Fengnian mempunyai dua anak lelaki dan satu anak perempuan. Mereka juga bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan kereta pada masa ini.
Pada tahun 2000, kedua-dua anak lelakinya masing-masing telah membeli kereta persendirian.
Encik Yu Fengnian menyatakan, pada masa ini, penduduk awam sudah mampu membeli kereta persendirian, impiannya telah direalisasikan setelah 55 tahun penubuhan Republik Rakyat China.
----Ching
|