Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-30 10:57:08    
Jabatan Alam Sekitar PBB Sanjung Tinggi Pendidikan Alam Sekitar China

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Ketua Eksekutif Jabatan Alam Sekitar PBB Klaus Topfer semalam dalam sidang sambutan ulang tahun ke-20 anugerah Sasakawa Alam Sekitar UNEP menyatakan bahawa pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan dengan baik di China, kesedaran perlindungan alam sekitar dalam masyarakat China semakin ditingkatkan, ini merupakan kejayaan cemerlang yang dicapai oleh China dalam 20 tahun lalu.

Beliau berkata penyelesaian masalah alam sekitar sebenarnya adalah mengubah cara pengeluaran dan penggunaan. Generasi baru China telah menyedari mereka akan menerima kesannya jika hanya menjalankan pembangunan yang tidak secara berterusan.

Pendidikan tentang pengetahuan alam sekitar yang dijalankan di China pada akhir 1970-an hanya merupakan kandungan dalam buku teks di sekolah. Akan tetapi, peluang pendidikan yang disediakan oleh "sekolah hijau" dan "kawasan kediaman hijau" yang dianjurkan sekarang lebih menarik 367 juta orang belum dewasa China.

"Sekolah hijau" merupakan sekolah menyediakan mata pelajaran, pengajaran, kawalan sekolah, kemudahan sekolah dan pembinaan kebudayaan dengan konsep stantard alam sekitar., Jabatan Pentabdbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China mula melaksanakan penubuhan "sekolah hijau" pada tahun 2000. Kini, terdapat lebih 16 ribu buah sekolah hijau di seluruh China yang menjalankan pengajaran dan kawalan selaras dengan standard Eropah.

Selain itu, berbanding orang belum dewasa, mahasiswa dan mahasiswi mempunyai peluang pendidikan yang lebih banyak. Kesatuan Mendorong Kebudayaan Alam Sekitar Jabatan Pentadbiran Am Perlindingan Alam Sekitar China mula melaksanakan "kempen latihan pertubuhan perlindungan alam sekitar mahasiswa", mengundang pegawai kerajaan, pakar dan pertubuhan bukan kerajaan menjalankan latihan tentang dasar dan kerja perlindungan alam sekitar terhadap 1000 orang sukarelawan.