Menurut Agensi Berita Xinhua, dalam sambutan Hari Kebangsaan Republik Rakyat China, lawatan ke Muzium Negara, Muzium Sains dan Teknologi China dan Shanghai serta lain-lain telah menjadi pilihan para belia bahkan orang dewasa.
Pameran "Air Lebih Berharga Daripada Minyak" telah diadakan di Muzium Negara China. Pameran itu mencerminkan semangat rakyat Kaunti Lin meratakan gunung untuk membina saluran air pada 40 tahun yang lalu. Pameran itu telah memberi pengajaran kepada pelajar agar jangan membazir air.
Encik Huang Zheng, Naib Pengarah Bahagian Pendidikan Sosial Muzium Negara yang baru melawat Muzium Peringatan Pahlawan Gugur Gunung Langya menyatakan: "pemandangan alam sungguh indah dan mesti melancong, tetapi muzium lebih mempunyai erti pendidikan." Beliau memberitahu pemberita, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah pelawat yang melawat Muzium Negara meningkat dari setahun ke setahun, ini berkaitan erat dengan peningkatan ekonomi negara dan pendapatan rakyat dan juga menerangkan bahawa penduduk mulai mementingkan kebudayaan.
Pada hari kelepasan am, pameran khas "Pendidikan Masa Muda" telah diadakan di Muzium Sains dan Teknologi China. Melalui gambar dan perkataan untuk memperkenalkan pengetahuan masa muda kepada belia. Timbalan Kurator Muzium Sains dan Teknologi China Encik Li Xiaoliang menyatakan, pameran ini sengaja diadakan sebelum cuti sambutan hari penubuhan China Baru, ini telah mencapai kejayaan yang memuaskan. Dalam tempoh 5 hari, jumlah pelawat telah melebihi 9600 orang, kebanyakannya memang khusus melawat muzium tersebut.
Lawatan ke muzium juga menjadi gaya hidup baru penduduk Shanghai untuk menghabiskan hari cuti. Muzium Perancangan Perbandaran, Muzium Shanghai, Muzium Sains dan Teknologi Shanghai dan lain-lain telah menarik ramai pelawat. Seorang mahasiswa yang melawat Muzium Sains dan Teknologi Shanghai dengan terharu berkata, lawatan ke muzium boleh meningkatkan pengetahuan kami.
Dari Beijing ke Shanghai, dari selatan ke utara, penduduk China susul menyusul melawat muzium sains, teknologi dan budaya, melawat pameran yang mempamerkan pelbagai perkara. Puluhan ribu penduduk di Provinsi Yunnan telah melawat pameran warisan budaya zaman silam di Muzium Etnik Yunnan untuk mengetahui budaya etnik minoriti tempatan.
Lawatan ke muzium juga menarik perhatian para pakar. Sarjana Institusi Pentadbiran Provinsi Hunan Encik Ai Yiwei menyatakan, seiring dengan perkembangan ekonomi China yang berterusan, pendapatan rakyat meningkat secara mantap, nisbah pengguna untuk mengetahui kebudayaan juga meningkat.
|