Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-11 10:11:37    
Pembangunan Kampung Xiaogang Cerminkan Trend Pembaharuan Kawasan Desa Pusingan Baru di China

Agensi Berita Xinhua China

Kampung Xiaogang, Kaunti Fengyang, Provinsi Anhui China menjadi terkenal dan dicatat dalam sejarah pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu China disebabkan pada 26 tahun yang lalu, seramai 18 orang petani kampung tersebut lebih awal melaksanakan sistem "Tanggungjawab Keluarga".

Pada Disember 1978, seramai 18 orang petani Kampung Xiaogang secara senyap-senyap menandatangani kontrak 'Tanggungjawab Keluarga" kerana mengalami kelaparan. Mereka tidak menjangka tindakan tersebut turut mendapat perhatian mendiang Deng Xiaoping, bekas pemimpin negara China pada masa itu.

Dalam tempoh 26 tahun yang lalu, jumlah pengeluaran bahan makanan meningkat 39 kali ganda di Kampung Xiaogang, dan pendapatan tahunan perkapita petani kampung itu meningkat hampir 100 kali ganda.

Kontrak "Tanggungjawab Keluarga" yang ditandatangani pada masa itu telah disimpan di muzium pada masa ini.

Pembaharuan kawasan desa China yang dimulakan pada tahun 1978 telah mengubah nasib kaum petani China dan juga mengubah sejarah pembangunan China. Seterusnya, pembaharuan kawasan desa dilaksanakan di seluruh negara, selain itu, pembaharuan juga beransur-ansur dilaksanakan terhadap sistem ekonomi di bandar bahkan seluruh sistem ekonomi.

Salah seorang pengasas yang melancarkan pembaharuan di Kampung Xiaogang pada masa itu, Encik Yan Hongchang berkata, dokumen No.1 yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat China tahun ini amat menjamin kepentingan kaum petani. Misalnya, mendorong pembaharuan dan penyusunan semula terhadap perusahaan kampung dan pekan, giat mengembangkan ekonomi swasta antaranya ekonomi swasta di kawasan desa, meningkatkan kemakmuran ekonomi pekan dan bandar kecil, menjamin hak dan kepentingan sah petani yang bertugas di bandar, meningkatkan latihan kemahiran vokasional terhadap tenaga buruh dari kawasan desa dan lain-lain.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Kampung Xiaogang giat mengembangkan industri ke-2 dan ke-3, membantu para petani mengadakan penyusunan semula terhadap struktur penghasilan pertanian berdasarkan permintaan pasaran, dan menghantar sebahagian tenaga buruh ke bandar mencari kerja. Pada akhir Disember tahun lalu, Kampung Xiaogang mencapai perjanjian dengan 3 perusahaan yang melabur 10 juta Yuan RMB menubuhkan Syarikat Pembangunan Pertanian Moden Xiagang Bhd. Setelah syarikat itu beroperasi, Kampung Xiaogang bukan sahaja bergantung kepada industri penanaman, dan pendapatan perkapitanya akan ditingkatkan daripada 2,130 Yuan RMB pada tahun lalu kepada 5,000 Yuan RMB dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Pembaharuan kawasan desa telah memasuki tahap baru di China, dan tindakan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan China termasuk:

Menyempurnakan sistem tanah kawasan desa, mempercepat langkah pembaharuan terhadap sistem penggunaan tanah kerajaan; meningkatkan pembaharuan terhadap kutipan cukai di kawasan desa agar dapat mengurangkan bebanan kaum petani, mendorong pembaharuan sistem pengedaran bahan makanan berdasarkan permintaan pasaran, menubuhkan sistem subsidi langsung kepada petani, melancarkan pembaharuan terhadap sistem kewangan di kawasan desa dan meningkatkan bantuan kewangan kepada kaum petani.

Tindakan-tindakan tersebut melibatkan pembangunan yang selaras antara bandar dengan kawasan desa dan mencerminkan panduan dasar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China tentang meningkatkan pembaharuan di kawasan desa.

----Azmi