Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-11 10:12:37    
Orang Asing Giat Belajar Bahasa Mandarin

CRI

Seiring dengan ekonomi China berkembang pesat dan pertukaran dengan luar semakin meningkat, kedudukan bahasa Mandarin di arena antarabangsa juga meningkat. Walaupun bahasa Mandarin dianggap sebagai salah satu bahasa yang paling sukar dibelajari di dunia, akan tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini, semakin ramai orang asing belajar bahasa Mandarin.

Cik Kerstin Storm ialah mahasiswi dari Univeristi Minstel Jerman. Beliau berminat akan bahasa Mandarin dan China sejak beliau belajar di sekolah menengah atas. Akan tetapi, tidak ada kursus bahasa Mandarin dibuka di sekolah menengah itu. Apa bila masuk ke Universiti, Cik Kerstin Storm memlilih jurusan bahasa Mandarin dan merealisasi hasratnya.

Pada mulanya, anggota keluarga dan sahabat Cik Kerstin Storm tidak menyokong beliau belajar bahasa Mandarin. Mereka berpendapat, bahasa Mandarin terlalu sukar untuk dibelajari kerana negara China terlalu jauh dan bahasa Mandarin rumit. Akan tetapi, beliau mempertahankan pendiriannya.

Setelah belajar bahasa Mandarin selama 4 tahun, Cik Kerstin Storm sudah mampu bertutur bahasa Mandarin dengan fasih. Beliau memberitahu wartawan, belajar bahasa Mandarin merupakan pilihan yang bijak,

"Tidak terdapat ramai orang mampu bertutur bahasa Mandarin di Jerman, sehubungan dengan itu, saya berasa belajar bahasa Mandarin akan bermanfaat bagi saya mendapatkan kerja. Pada masa ini, terdapat banyak peluang di China, banyak syarikat Jerman menyelenggarakan perusahaan di China, hubungan perdagangan antara Jerman dengan China semakin erat."

Walaupun Cik Kerstin Storm berpendapat bahawa bahasa Mandarin sukar dibelajari, akan tetapi beliau tetap berminat akan pelajaran bahasa tersebut. Beliau berkata,

"Jika anda sedang belajar bahasa Mandarin, jangan bimbang. Anda akan mendapati bahawa bahasa Mandarin bukan begitu sukar sebagai anda jangkakan; pada ketika anda buat kali pertama bertutur bahasa Mandarin dengan warga China, jika mereka faham, anda boleh berdialog dengan mereka. Anda akan mencapai kemajuan secara beransur-ansur."

Seperti Cik Kerstin Storm, mahasiswa Mesir yang berumur 22, Encik Ahmed Abdelazizawad Sadek juga berminat tentang China sejak kecil. Apa bila masuk ke Universiti, beliau memlilih jurusan bahasa Mandarin. Dalam tempoh tiga tahun, beliau telah menguasai bahasa Mandarin pada asasnya. Beliau berkata,

"Bahasa Mandarin telah menjadi bahasa kedua saya. Saya amat gemar akan bahasa Mandarin, saya berasa bangga mampu membaca surat khabar, majalah, novel dalam edisi bahasa Mandarin."

Seiring dengan ekonomi China berkembang pesat dan pertukaran dengan luar semakin meningkat, jumlah orang asing belajar bahasa Mandarin di arena antarabangsa juga meningkat, terutamanya mereka berada di Asia, Eropah, Amerika Latin dan Afrika. Mereka bukan sahaja pelajar jurusan bahasa, kebudayaan dan sejarah, tetapi juga pelajar jurusan ekonomi, perdagangan dan undang-undang. Mereka berpendapat bahawa menguasai bahasa Mandarin bermanfaat bagi mendapatkan kerja.

Naib Pengarah Pejabat Pengajaran Bahasa Mandarin Negara China Encik Li Guoqing menyatakan,

"Kerajaan China menyokong pengajaran bahasa Mandarin dilaksanakan di luar negara dan menyediakan pelbagai bantuan. Kami telah menghantar pensyarah untuk mengajar bahasa Mandarin di 62 negara; Kami juga memulakan rancangan sukarelawan China menjadi pensyarah bahasa Mandarin untuk mengajar di negara lain."

----Ching